Kylie Jenner Memperkenalkan Anak Perempuannya Kepada Dunia
Ikutan pengumuman rasmi daripada mogul dan bintang realiti TV Kylie Jenner dan pasangannya, Travis Scott, perihal kelahiran anak sulung mereka pada 1 Februari, kini Jenner mengumumkan pula nama yang telah dipilihnya bersama Scott; Stormi Webster.
Jenner telah berkongsikan pengumuman istimewa ini sekali lagi menerusi akaun Instagramnya sendiri menampilkan tangan kecil Stormi yang memegang erat pada ibu jari Jenner sambil dia dilamun mimpi.
A post shared by Kylie (@kyliejenner) on
Kylie yang baru sahaja mengumumkan berita kelahiran Stormi tanggal 6 Februari ini telah berjaya menghilangkan diri daripada lensa media sepanjang tempoh dia hamil kerana dia merasakan dia perlukan masa dan privasi untuk menempuh detik-detik kehamilannya.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
