8 Sebab Mengapa Pelanggan Beratur 17 Jam Demi Brïk
Neelofa, Fazura, Scha…Antara Selebriti Tempatan Tumpuan Lensa Antarabangsa Di NYFW 2019
Gaya Eksentrik Lupita Nyong’O
GLAM 101: Androgynous Movement
A-List Dresses Atas Karpet Merah Cannes Film Festival 2017
Home > Fesyen > Gift Giving Gucci Semarak Gaya Hujung Tahun Anda

Gift Giving Gucci Semarak Gaya Hujung Tahun Anda

Rencana Tajaan GUCCI

 

Disember menjelma menandakan kemeriahan bermula. Ini juga menandakan ketibaan Krismas yang dinanti-nantikan. Kita juga mula merancang percutian bersama insan tersayang atau parti dengan teman rapat. 

 

Dilema hujung tahun kembali lagi dan anda mula mahu memilih busana terhebat untuk disarungkan pada percutian dan acara yang perlu dihadiri. Cabaran besar adalah untuk tampil GLAM membawa persona yang anda tonjolkan saban tahun. Anda mahu tampil ringkas namun masih mengekalkan perincian khusus pada busana, sepatu atau aksesori pilihan.

 

Mata meneliti semua aplikasi, pandangan anda lantas melekat pada seleksi musim perayaan Gucci paling baharu. Dari tas tangan ke perhiasan hingga ke wangian dan sepatu, ternyata 2018 Gift Giving (#GucciGift) daripada Gucci tidak pernah menghampakan.

 

Mata tergoda dengan kasut bertatah kristal yang jalur elakstik kristalnya boleh ditanggalkan. Anda terbayangkan memakainya waktu santai siang dan menambah butiran kristal saat mahu parti di malam hari. Lebih GLAM menggayakan persalinan anda dengan GG Marmont, sebuah tas klasik metalik dalam koleksi Gucci yang sering tampil dalam versi baharu mengikut musim.

Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse
Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse