Celine Dion, Our Legendary Style Queen Is Back
What really happened to Celine Dion? Itulah persoalannya apabila internet menggila dengan obsesi stail yang ditonjolkan pelantun lagu ‘My Heart Will Go On’ itu sejak kebelakangan ini. Selepas dikritik dek terlalu kurus sehingga ramai yang risau akan kesihatannya, baru-baru ini Celine telah menjadikan kota raya New York sebagai pentas catwalk walaupun Fashion Week baru saja melabuhkan tirainya. Celine kini dalam rangka jelajah konsertnya, Courage. Seolah mengajuk paparazi yang tidak henti membidik penampilannya, Celine just gave them what they want! GLAM singkap beberapa penampilan terbaiknya sepanjang beberapa minggu ini.
1. Celine Dion tampil segar dengan pantsuit head-to-toe merah jambu hasil rekaan Peterdo, dengan tambahan aksesori kaca mata dan tali pinggang berona kelabu.

Photo credit: Instagram @the.peterdo
2. Seterusnya Celine Dion tampil unik menyarung persalinan busana double-breasted houndstooth dengan cape berserta kasut but hitam, menyerlahkan sisi fesyen dan ‘adiwira’ dalam dirinya.

Photo credit: GC Images
3. Tampil dengan gaya retro, sekali lagi Celine menjadi perhatian apabila menyarung coat flora hitam putih, tights dengan corak sepadan berserta purse putih dan kaca mata hitam.

4. Seterusnya, Celine Dion tampil ayu dengan gaun Oscar de la Renta Fall 2020 dengan aksesori sampingan iaitu kasut but putih dan jambangan bouquet, menyerlahkan keanggunan Celine walaupun umurnya sudah memasuki setengah abad.

Photo credit: Shutterstock
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
