Related Stories
Meghan Markle Bicara Kesukaran Menjadi Royal Mum
Meghan Markle mengakui bahawa beliau sukar menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dan mengakui bahawa beliau tidak ‘OK’ dalam temu bual mengenai peranan barunya sebagai royal mum yang dijalankan oleh ITV, Harry & Meghan: An Africa Journey.
Duchess of Sussex itu bercakap dalam satu klip previu disebalik tabir rancangan dokumentari itu, mengatakan bahawa tahun lalu adalah tahun paling mencabar buatnya. Program dokumentari ini mengikuti Meghan, suaminya Putera Harry, dan baby Archie selama 10 hari dalam perjalanan pasangan diraja ini melawat Afrika.

Kredit: DepositPhotos
Dalam one-to-one interview bersama Tom Bradby dari ITV, Meghan ditanya mengenai tekanan hidup yang dihadapi menjadi tumpuan dan bagaimana ia memberi kesan kepada beliau. Meghan menjawab bahawa mana-mana wanita terutamanya ketika mereka hamil berada dalam kondisi lemah dan ianya sangat mencabar.
Meghan turut mengucapkan terima kasih pada Tom kerana bertanya mengenai keadaannya kerana tidak ramai yang bertanya pada beliau sama ada OK atau tidak. Tambah Meghan apa yang dilaluinya itu adalah adalah benar.
Tom turut bertanya sama ada adakah ia adil untuk mengatakan bahawa bahawa ianya tidak OK dan benar mencabar. Meghan terdiam sebentar sebelum menjawab “Ya”
Lihat previu klip interview berkenaan yang dikongsi Tom Bradby di laman twitternya.
World Exclusive; Meghan tells me of the intense pressures of a life in the spotlight and the toll it has taken on her behind the scenes. pic.twitter.com/tpmeomj5UV
— tom bradby (@tombradby) October 18, 2019
Dalam klip itu seterusnya menunjukkan rakaman lawatan keluarga diraja Sussex itu ke Afrika Selatan, Botswana, Angola and Malawi. Pasangan ini menjadi tumpuan dunia selepas Putera Harry mengeluarkan kenyataan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas media british yang mengeluarkan artikel negatif mengenai Meghan.
Baca artikel ini: Menghina Meghan Markle, Putera Harry Ambil Tindakan Saman Media British
Sumber: Mirror UK
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
