Diari Deko – Semburan Pembersih Semulajadi
GLAM Deko Ilham – 4 Gaya Sentuhan Peribadi
Trend – Rangkaian Home & Accessories Tiffany & Co.
GLAM Deko Kediaman – Inspirasi Timur Tengah
GLAM DEKO Okt/Nov 2013
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Kediaman > Nurseri – Mimpi Indah Areesya Malaykha

Nurseri – Mimpi Indah Areesya Malaykha

Teks & Penyelaras : SUHANA DESA,  Arahan Seni : YASMIN SARAH, Gambar : PATRICK Kehadiran orang baru yang sangat dinanti, menjelma akhirnya. Persiapan rapi menantikan kelahiran bidadari kecil, Areesya Malaykha menitipkan sebuah syurga buatnya. Di sinilah zon sempurna dan istimewa buat sang puteri memulakan alam baru, membawa cahaya kegembiraan dan kebanggaan buat kedua ibu bapa. Seindah namanya, ‘Areesya Malaykha’, sarat makna yang menterjemahkan nilai ketinggian dan kekuatan si puteri. Bagi pasangan Azrinaz Mazhar Hakim dan Fairos Khan Abdul Hamid, Areesya Malaykha bukan sahaja pelengkap segenap sisi kehidupan, malah ditatang rapi umpama bidadari sempurna. Bagi mencipta syurga istimewa buat Areesya Malaykha, Linda Uzir dari Lux Studio Interiors merealisasikan impian Azrinaz dan suami. Tempoh masa enam bulan diperhalusi bermula proses idea, lakaran, visual dan seterusnya ubahnsuai ruang kamar secara total, membentuk sebuah nurseri idaman.