Di sebalik bilik kaca yang berputar, semua peragawati Gucci tengah bersiap untuk pertunjukan fesyen. Kami yang duduk membulati pentas itu melihat secara langsung bagaimana para krew Gucci menyiapkan setiap peragawati. Inilah yang diperkatakan oleh Alessandro Michele tentang ritual. Setiapnya bagaikan satu jalan cerita yang hampir sama. Mereka yang duduk di belakang pentas resah menunggu setiap peragawati siap dan dihantar keluar buat tontonan semua. Suka atau tidak, itu adalah hak setiap yang melihat. Michele tetap berdiri tegas dengan DNA yang disuntik pada Gucci setelah menjadi penglipur kreatif sejak 2015.


Seleksi Gucci musim luruh 2020 kali ini masih bernada eksentrik. Ada dua pertembungan gaya yang seksi dan belah lawannya pula adalah wanita yang sedikit modest. Pilihan gaun singkat yang diambil ideanya daripada busana anak patung dijahit menggunakan renda cukup sensual. Berlawan gaya dengan jubah yang dicedok daripada jubah paderi wanita. Selain itu Michele turut menawarkan pilihan gaun kembang terus daripada era Georgia kurun ke-17. Setiap helaian yang dipertunjukkan menawarkan rasa multi dimensi.



Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
