Seks juga perlukan checklist? Ingatkan perkahwinan sahaja. Ya, hubungan seks juga perlukan checklist agar dapat merangsang mood, juga sesuatu yang nyaman dan menenangkan sebelum dan selepas melakukan hubungan intim. Tanpa foreplay atau pra seks, pengalaman hubungan intim anda pasti jadi tidak hangat malah nampak seolah-olah dipaksa-paksa semasa berada di atas katil. Mengikut kajian yang dijalankan oleh NBC NEWS, hampir 80 peratus wanita berpura-pura klimaks ketika di ranjang. Oleh itu, dengan checklist seks ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu hubungan intim anda bersama pasangan.
PRA SEKS – Before
1. Sexting
Pasti sudah ramai yang pandai ‘dirty talk’ melalui pesanan ringkas di telefon, tetapi buat anda yang tidak pernah inilah masa untuk mencubanya! Dengan perbualan sebegini anda akan lebih kreatif dalam berimaginasi tentang apa yang anda inginkan pada pasangan anda. Bukan itu sahaja anda juga boleh berbincang dan fahami kehendak masing-masing supaya tidaklah jadi turn off bila sudah berada di kamar nanti.
2. Makan Malam Istimewa
Ya bunyinya seperti di dalam filem-filem romantis, namun kalau mahu difikirkan memang tidak masuk akal, kerana kebanyakan dari kita lebih cepat lena setelah kenyang makan! Tetapi dengan pilihan makanan yang ideal dan seksi seperti stik dan ayam bakar resipi dari Itali pastinya membuat anda lebih cenderung ke arah seks!
3. Lagu-lagu Berahi
Setelah tiba di rumah lagu-lagu romantis dalam kelompok R&B akan sentiasa memberi mood yang relaks! Terutamanya lagu-lagu yang berirama chill dengan lirik lagu yang nakal. Dengan mendengar lagu sebegini, ia bakal melahirkan rasa sensual dan seksi! Seolah-olah anda sedang beraksi di dalam video klip lagu tersebut.

4. Aroma Terapi
Antara yang mematikan selera semasa melakukan hubungan seks adalah bau yang tidak menyenangkan, belum lagi mahu pergi pada topik kebersihan tetapi aroma di persekitaran amat memainkan peranan yang penting. Cara paling romantik adalah dengan menyalakan lilin. Aroma dan cahaya lilin di ruang kamar bukan sahaja memberi ketenangan dan relaks tetapi juga merangsang mood sensual dalam diri anda. Tetapi jika mahu fikir jalan mudah semburkan sahaja pewangi di dalam kamar anda.
5. Higin
Tidak kiralah suami mahupun isteri, kebersihan adalah perkara nombor satu yang harus diutamakan sebelum melakukan hubungan intim. Ambil sedikit masa ini untuk bercukur, mandi dan segarkan mulut anda. Sedarlah bahawa kita bukan lagi berada di zaman 60-an yang menganggap badan penuh berbulu di bahagian kelamin itu seksi.
(Bersambung…)
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh ...
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Cur...
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With T...
Nadi Baru Le Roseau
Towards The Sun
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
