fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Retorik: The Ageless Woman!
Kenali Peragawati, Rubini Sambanthan
Datin X: Mak Nyah Layan Suami Tanpa Pengetahuan Isteri
SYAIDATUL AFIFAH
Datin X : Tebus Talak Berjuta
Home > Personaliti > #Breaking News: Tom Hanks Dan Isteri Positif COVID-19

#Breaking News: Tom Hanks Dan Isteri Positif COVID-19

Bintang ternama Hollywood, Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson disahkan positif jangkitan COVID-19. Kedua-dua pelakon itu dijangkiti virus pembunuh berkenaan ketika berada di set penggambaran sebuah filem yang berkisar tentang kehidupan legenda rock ‘n roll, Elvis Presley di Australia.

Dalam satu muat naik di Instagram, Hanks memberitahu bahawa mereka mengalami simptom keletihan dan sakit badan selain selesema. Tambahnya, beliau dan isteri akan dipantau dan dikuarantin untuk tempoh yang lama.

https://www.instagram.com/p/B9nVasnBNF5/?utm_source=ig_embed

Australia kini mencatat sekurang-kurangnya 127 kes positif jangkitan COVID-19 dengan tiga kematian. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada Rabu turut mengisytiharkan COVID-19 sebagai satu pandemik global. Tom Hanks dan Rita Wilson sudah mendirikan rumah tangga lebih 30 tahun.

Sumber: Astro Awani