Kerusi ottoman kini dianggap satu kewajipan untuk memilikinya kerana jika dilihat setiap kediaman pasti memiliki perabot jenis ini sebagai pelengkap gaya bagi hiasan dalaman. GLAM Deko berkongsi bagaimana mahu menggayakan kerusi ottoman dan merubah gaya ruang anda.
Fungsi Duduk Serba Gaya
Untuk kediaman yang memiliki ruang terhad seperti apartmen, pilihan ottoman merupakan seleksi ideal untuk ruang tamu anda. Ruang keluarga dan ruang tamu berkongsi satu ruang yang sama menjadikan ottoman boleh bertukar fungsi. Kebiasaannya anda boleh menggunakan ottoman sebagai meja kopi atau tempat merehatkan kaki. Jika anda menerima tetamu yang ramai, anda boleh menggunakannya sebagai tempat duduk. Atau rapatkan ke dinding dan letakkan kusyen yang lebih tegap sebagai alas untuk bersandar.
Asal Kegunaannya
Tahukah anda di Eropah ia asalnya direka untuk melengkapi kerusi wingback sebagai tempat rehat kaki. Jika anda membeli ottoman untuk kegunaan ini pastikan anda memilih saiz yang bersesuaian untuk padanan kerusi pilihan anda. Jangan gusar jika anda merasakan ottoman kecil adalah satu pembaziran. Anda turut boleh menjadikannya sebagai meja sisi dengan meletakkan dulang hidangan di atasnya.
Ruang Penyimpanan
Antara punca mengapa ramai memilih untuk memiliki ottoman adalah bagi mendapatkan ruang simpanan tambahan. Untuk ruang tamu, simpankan sahaja setiap barangan yang bersepah di dalam ruang ottoman anda. Dari permainan anak kecil, alat kawalan jauh juga aksesori kecil lain, kemas kinikan dengan meletakkannya di sini. Selain ruang tamu, ottoman lengkap ruang penyimpanan juga sesuai diletakkan di penghujung katil di kamar beradu. Anda boleh menyimpan bantal dan kusyen lebihan atau cadar. Anda juga boleh cuba meletakkan ottoman di pintu hadapan untuk memudahkan pemakaian kasut sambil menggunakan ruang simpanan untuk meletakkan bahan bersesuaian seperti pewangi kasut, stokin baru, shoe tree juga penggilap kasut.
Penyuntik Seri
Selain kegunaannya, ottoman juga memberi kesan visual yang menarik pada ruang. Anda boleh bereksperimen tatkala menyuai padan ottoman dan perabot lain. Pilihan fabrik bertekstur selain mainan rona yang lebih terang menjadikan ia sebagai titik tumpu ruang anda. Jika sudah bosan, bentangkan sahaja throw untuk memberi wajah baru secara segera pada ruang.
Alat Duduk Tersembunyi
Jika anda meneliti di pasaran terdapat ottoman yang direka dilengkapi kaki beroda. Ini kerana ia mudah untuk dialihkan dan disimpan jika tidak diperlukan. Tambahan pula jika tidak terlalu tinggi anda boleh menyimpannya untuk memastikan ruang anda kelihatan lebih luas dan selesa.
Sebagai Meja Kopi
Kegunaan paling popular ottoman adalah dijadikan sebagai meja kopi. Alaskan dengan cermin yang tidak berbucu tajam untuk mengelakkan kemalangan dan menjadikan anda lebih mudah meletakkan barang di atasnya.
Mesra si Kecil
Ottoman secara kebiasaannya adalah diperbuat daripada fabrik dan tidak mempunyai bucu tajam. Jika mempunyai anak kecil, ia adalah pilihan yang ideal. Pilih fabrik yang yang tahan lasak dan warna gelap jika khuatir si kecil akan sentiasa berada dekat dengannya. Untuk si kecil, ottoman boleh dijadikan sebagai meja permainan juga tempat rehat mereka.
Suai Padan Warna
Jika anda tidak mahir memilih padanan warna yang hendak disesuaikan, ambil salah satu warna yang sememangnya wujud pada ruang pilihan. Anda turut boleh mencipta kontras dengan memberikan warna berbeza penampilan lebih menarik.
Show Pieces
Lengkapkan ottoman anda dengan pelbagai aksesori berbeza di atasnya untuk menjadikan ia sebagai titik fokal pada ruang tamu. Aturkan lilin haruman bersama beberapa buku meja kopi yang menarik. Letakkan gubahan bunga buat menyuntik segar dan mewah dalam pasu kristal bergaya di atas dulang sarat berukir.
Ruang Rehat
Paling penting, jika anda membuat pilihan yang tepat, ia mampu menjadi tempat rehat paling selesa saat anda memerlukannya. Menemani anda menonton televisyen sambil praktikal untuk meletakkan makanan di atasnya.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
