Gaya Peribadi untuk Ruang Berbeza
Teks Digital : Shahril Hadi Halim
Team GLAM Deko berkongsi sentuhan dan cita rasa peribadi dalam memberi inspirasi dekorasi kepada para pembaca. Nikmati perkongsian ini bersama beberapa panduan dan tip ringkas untuk digayakan di ruang kediaman.
Ruang Bacaan

Editor GLAM Deko, Suhana Desa memilih untuk menggayakan sudut bacaan yang menjadi ruang kegemarannya saat bersantai. Gabungan gaya antara industrial dan suai padan dengan perincian metalik emas menjadi fokal untuk menyerlahkan idea mewah buat ruang yang ringkas namun praktikal.
“Ekspresikan keindahan ruang dengan menyuntik elemen fungsi yang lebih santai. Padanan aksesori senada melengkapi gaya untuk ruang tampil elegan dan menarik.”
[envira-gallery id=”61060″]
Ruang Santai

Pengaruh gaya skandinavia menjadi pilihan Pengarah Seni, Afiq Khairudin dalam menterjemahkan ruang santai mengikut gaya pilihannya. Gabungan elemen moden dan rustik boleh dilihat namun masih mengekalkan rasa minimalis pada ruang. Pilihan corak melalui penggunaan bangku adalah untuk melengkapi rasa mewah yang ingin disuntik.
[envira-gallery id=”61062″]
Ruang Persalinan

Percaya pada hari yang sempurna bermula dengan ruang persalinan yang indah, cetusan rasa ala parisian yang digabungkan seleksi vintaj menjadi pilihan Penulis Kanan; Shahril Hadi Halim. Kontras antara perabot moden dan klasik menciptakan ruang yang tersendiri selain nampak elegan dan sofistikated. Andai anda mempunyai minat pada sesuatu barangan fesyen dan kecantikkan, gunakanlah ia sebagai salah satu elemen dalam dekorasi ruang ini. Buku, beg, haruman dan pelbagai barang lain boleh mencipta mood tersendiri pada ruang pilihan.
“Mood hari anda semestinya ditentukan apabila anda meluangkan masa mempersiapkan diri di ruang persalinan. Pilihan warna yang menenangkan selain dari perabot yang selesa penting untuk memastikan hari anda berjalan lancar. Hari anda juga akan berakhir di sini sebelum melangkah masuk ke kamar beradu, dengan aturan yang sistematik semestinya anda akan selesa untuk berehat selepas ini.”
[envira-gallery id=”61063″]
Kamar Beradu

Oleh kerana gaya hidup yang sering sibuk, Nadia Zolkifli, penulis GLAM Deko memilih untuk mencipta kamar beradu dalam gaya minimalis. Pilihan kemasan lembut yang feminin diseimbangkan dengan prabot yang tidak terlalu sarat. Aksesori kecil namun mempunyai impak tersendiri seperti meja sisi dan bingkai gambar mewah untuk melengkapkan keseluruhan wajah ruang.
[envira-gallery id=”61064″]
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
