#StayHomeWithGD: Panjangkan Jangka Hayat Peti Sejuk
Peti sejuk kini mungkin antara lokasi utama yang dikunjungi ramai apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan. Selain menjadi tempat utama menyimpan makanan, keadaan peti sejuk anda haruslah sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Selain dapat mengelakkan makanan yang disimpan tercemar, ia turut memudahkan anda saat mencari menu yang hendak dimasak pada hari tersebut. Jika betul cara penjagaanya, jangka hayat peti sejuk anda turut boleh dipanjangkan. GLAM Deko kongsikan beberapa cara mudah yang boleh dilakukan untuk memastikan peti sejuk anda dapat beroperasi dengan optimum.

Periksa Suhu Dalaman
Kadangkala anda mungkin menyimpan makan yang baru dimasak terus ke dalam peti sejuk. Ini adalah tidak digalakkan kerana ia akan menjatuhkan suhu peti sejuk dan memberi kesan kepada makanan lain yang disimpan. Ini juga perlu dilakukan jika anda telah membuka pintu peti sejuk dalam jangka masa yang agak lama.
Periksa Gasket
Pada pintu peti sejuk anda terdapat kepingan getah yang memastikan pintu tertutup rapat dan menghalang haba sejuk dari keluar. Selain memastikan ia tidak terhalang, anda perlu kerap mencucinya untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Jika ia sudah longgar, dapatkan perkhidmatan penukaran kerana ia mampu menambah kadar penggunaan elektrik dalam situasi ini.
Cuci Dengan Kerap
Bukan sahaja saat anda tertumpahkan sesuatu di dalam peti sejuk, bahagian dalamannya perlu dicuci dengan kerap. Kadar seminggu sekali adalah memadai untuk mengelakkan pembiakan bakteria selain kumpulan kotoran yang melekat degil pada permukaan ruang simpanan makanan.
Pastikan Tertutup Rapat
Pintu peti sejuk anda tertutup rapat pada setiap masa. Andai anda mengalami gangguan bekalan elektrik, elakkan membuka peti sejuk secara kerap kerana haba sejuk yang keluar tidak dapat diganti. Rancang kadar pembukaan dan maksimakan kegunaan setiap kali ia dibuka.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
