Santapan Lazat Meraikan CNY Di Sunway Putra Hotel
Tahun Baru Cina bakal menjelma. Walau baru sahaja kita meraikan sambutan Hari Natal dan tahun baru, perayaan tahun tikus ini sememangnya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh kaum Cina sendiri, tetapi juga kaum lain. Mana tidaknya, seperti Hari Raya Aidilfitri, menjadi satu tradisi buat masyarakat Cina untuk berkumpul bersama ahli keluarga ketika malam Tahun Baru Cina untuk ‘makan besar’ sama ada di rumah, restoran mahupun hotel.

Sehubungan itu, Sunway Putra Hotel turut sama memeriahkan suasana dengan menawarkan makan malam bufet istimewa bersempena CNY dari 24 Januari ini bermula jam 6.30 petang hingga 10 malam dengan harga RM108 setiap orang, manakala separuh harga untuk warga tua dan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Istimewanya, buat mereka yang membuat tempahan awal iaitu dari sekarang hingga 10 Januari 2020, bufet ini tersedia dengan hanya RM88 bagi setiap orang.


“Pemilihan menu berdasarkan cita rasa rakyat Malaysia yang gemar mencuba makanan pelbagai bangsa, lantas kami mencipta menu selepas mempertimbang banyak aspek termasuk rakyat Malaysia kini yang meraikan semua musim perayaan,” jelas Pengurus F&B Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, A. Pathmanath.
Nikmati hidangan dari chilli mayo crabmeat & salad jagung grilled, salad ayam dengan dressing Asia, salad oktopus mini, makanan laut seperti tiram, green mussels dan udang harimau sehinggalah hidangan seperti black pepper beef, ikan kukus dengan sos soya superior, udang goreng dengan sos khas pedas, sea cucumber and mushroom stew on Brassica yang dimasak istimewa oleh chef-chef berpengalaman. Turut disajikan hidangan western serta pencuci mulut.

Bertempat di Restoran Gen Japanese, restoran ini mampu memuatkan sehingga 300 tetamu pada satu-satu masa dan terletak di aras 10 di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Untuk tempahan, pertanyaan atau pembelian baucar, hubungi 03-4040 9888 sambungan 9038 atau e-mel di spkl.ch@sunwayhotels.com.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
