fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Junior: Syed Armand Mateen Cahaya Mata Sulung Afifah Nasir
Panduan Menjaga Kertas Dinding
Trend – Perincian Wainscoting Pada Dinding Ruang Kediaman
Fokus – Identiti Reka Bentuk Point 21
Terokai 7 Menu Beridentitikan Asia Yang Menyelerakan Di Sunway Hotels & Resorts
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Libur – Debut Asia One & Only Desaru Coast

Libur – Debut Asia One & Only Desaru Coast

Rangkaian hospitaliti termewah, One & Only memperluaskan porftfolio menerusi pembukaan resort pertamanya di Asia, One & Only Desaru Coast.

Lapangan tanah seluas 128 ekar dihuni kehidupan flora dan fauna liar, persisir pantai memutih didedikasikan buat 42 suite Junior, dua suite Grand Suites dua kamar beradu dan Villa One berkeluasan 1, 500 meter persegi dengan empat kamar beradu yang mana setiap satu mempunyai kolam renang peribadi dan ruang tamu dalaman dan luaran.

Kerry Hill Architect menggalas tanggungjawab mereka bentuk keseluruhan resort bercirikan kehidupan dan warisan sejagat lokal. One & Only Spa oleh Chenot menawarkan rawatan secara saintifik dan holistik yang revolusioner terhadap kesihatan dan kesejahteraan tubuh. Restoran dan bar resort menyajikan makanan laut segar hasil tempatan dan menu lain bertaraf dunia.

Sama seperti koleksi One & Only yang memberi penekanan terhadap privasi, resort di Desaru Coast ini turut menjadi destinasi pencinta sukan golf dengan lapangan golf mewah, The Els Club Desaru Coast yang terletak berdekatan.

Slide untuk lihat gambar. 

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse