#StayHomeWithGD: Ikan Goreng Masak Cili Ketumbar
Masakan Cina adalah antara masakan global yang diminati ramai orang dari serantau dunia. Lari langsung dari visual tipikal restoran cina lokal sedia ada, Jibby Chow menghidangkan masakan oriental cina disulami campuran rasa klasik dan moden.
Sentiasa terinspirasi dengan masakan oriental Cina seluruh dunia, Qistina Taff bersama suami, Najib Hamid mahukan pengalaman gastronomi masakan Cina klasik kotemporari di Jibby Chow. Nama Chow dipetik daripada nama keluarga yang secara kebetulan apabila dieja Chow dalam karakter Cina berbeza bermaksud kacau goreng (stir fry).
Simbolisme nama, konsep menu yang dipegang oleh Jibby Chow adalah masakan kacau goreng, segar dan panas. “Tafsiran masakan Cina kami adalah berbaur rasa klasik dan moden, menyeronokkan, menarik dan sarat perincian pada persembahan akhir; lari langsung dari visual tipikal restoran Cina tipikal,” beritahu Qistina mengenai paksi pegangan Jibby Chow.
Melanggar prinsip konvensional kulinari; masakan Cina di Jibby Chow direnjis rasa autentik Thai dalam ramuan sos. Kambing rusuk ala Mongolia, Ketam Cili bersama Mantao Goreng, Ikan Goreng Masak Cili Ketumbar dan Nasi Goreng Basmathi Isi Ketam Jibby Chow adalah menu signature mesti cuba di sini. Jibby Chow adalah ruang gastronomi lokal di bawah naungan Serai Group yang turut memayungi restoran Serai, Jibby & Co dan Jibby East. GLAM Deko kongsikan resipi popular Jibby Chow iaiitu Ikan Goreng Masak Cili Ketumbar yang boleh anda cuba.
Bahan-bahan
800 gm ikan siakap dibuang sisik
200 gm cili
5 biji cilia pi
30 gm halia
1 inci halia dibuang kulit
100 gm bawang merah dibuang kulit
½ ikat daun ketumbar bersama akar
1 sudu besar lada putih
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
3 sudu besar sos ikan
200 ml jus asam jawa
Cara menyediakan
- Goreng ikan siakap dalam minyak sayuran sehingga garing.
- Kisar halus cili, cili api dan daun ketumbar.
- Kisar halus halia, bawang putih dan bawang merah.
- Panaskan 80 ml minyak sayuran, masukkan bahan kisar halia dan tumis sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan bahan kisar cili, jus asam jawa, sos ikan dan bahan perasa secukupnya.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
