fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Marion Caunter, Scha Alyahya, Sarah Lian And More Meraikan Pembukaan Dior Homme
Most GLAM 2017: Raja Jesrina Arshad
Menghina Meghan Markle, Putera Harry Ambil Tindakan Saman Media British
6 Dandanan Mempesona di Emmy Awards 2017
Senarai Selebriti A-List Menawan Yang Berketurunan Kacukan
Home > Personaliti > Gigi Hadid Kini Hamil Anak Zayn Malik

Gigi Hadid Kini Hamil Anak Zayn Malik

Supermodel ternama, Gigi Hadid yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-25 baru-baru ini disahkan sedang hamil! Berita mengejutkan ini disahkan menerusi sumber yang dikongsikan kepada ET menyebut, “Gigi dan Zayn sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka dan pasangan itu kelihatan sangat bahagia!”.

Menurut sumber berkenaan lagi, Gigi kini sedang hamil 20 minggu. Kesahihan berita ini dikuatkan lagi selepas Zayn menghabiskan masa mengkuarantinkan dirinya bersama keluarga Hadid sepanjang tempoh ‘lockdown‘ di Amerika Syarikat berikutan COVID-19.

Ujar sumber itu lagi, “Sekian lama Gigi menyimpan rahsia kehamilannya hanya untuk keluarga dan teman-teman rapatnya sahaja. Selepas Gigi dan Zayn kembali bersama akhir tahun lalu, pasangan ini dilihat sangat mesra dalam menyemai cinta. Kedua belah keluarga mereka sangat gembira dengan berita ini,” ujar sumber berkenaan.

https://www.instagram.com/p/B_bK5-cH6I5/

Gigi, kakak kepada supermodel, Bella Hadid dan Zayn, yang merupakan bekas ahli kumpulan One Direction pertama kali menjalinkan perhubungan pada November 2015, putus pada Januari 2019, namun kembali bersama selepas itu sehinggalah kini.

Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi dari mereka berdua, namun ucapan rakan-rakan selebriti serta peminat mereka berdua sudah mula membanjiri ruangan komen laman sosial Instagram mereka sejak semalam. Yang pasti, anak mereka berdua sudah pasti comel bukan? Semoga baik-baik saja buat Gigi dan Zayn!