GLAM Deko Diari : 7 Set Dekor Terbaik Tercalon Anugerah Emmy ke-69
Sejenak – Binaan Oasis Peribadi Indah
Strategi Memilih Hartanah Yang Tepat
Rumah Tribulasi oleh M3architecture
GLAM Deko Ogos 2019
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Inspirasi > Ruang – Panduan Memilih Perabot Dengan Bijak

Ruang – Panduan Memilih Perabot Dengan Bijak

Apabila ingin melakukan dekorasi pada sesuatu ruang di kediaman anda, fahami dan kenali keperluan serta fungsi sesuatu ruang itu. Kemudian serasikan gaya hidup penghuninya sebelum membuat pilihan dalam mencorakkan keindahan dan kesempurnaan tata hias dekorasi. GLAM Deko kongsikan panduan bijak buat anda dalam memilih perabot.

Rasai Keselesaan Sebagai pengguna anda berhak mencuba dengan duduk di atasnya sebelum membeli. Pastikan tempat duduk masih mempunyai ruang dudukan bagi memastikan keselesaan. Periksa Kemasan Perabot yang berkualiti seharusnya tidak menggunakan cat yang tebal, sekata atau menggunakan kemasan yang boleh menghilangkan kesan kotoran dan cela. Jangan kita tertipu dengan efek sebegini. Teliti Kusyen  Bentuk kusyen haruslah kemas dengan bahagian bucu sempurna bentuknya, perincian yang menarik bersama butang atau zip. Kontur kusyen perlulah padat dan lembut, bentuk yang tidak sekata bukanlah kusyen yang baik rekaannya. Sekiranya dijahit dengan baik, tidak akan ada masalah kekabu, bulu atau span yang terkeluar. Lihat Reka Bentuk Faktor paling penting yang menentukan kualiti perabot yang sempurna. Ada baiknya diteliti secara keseluruhan perabot agar tidak ada sudut yang tidak seimbang atau ada kecacatan. Cuba Angkat Jika berkualiti baik, perabot seperti kerusi, sofa meja dan lain-lain kebiasaannya diperbuat daripada bahan-bahan mentah yang baik seperti spring, bingkai dan kusyen. Daya bebannya juga mampu menampung dudukan yang selesa berbanding perabot yang kurang berkualiti, lebih ringan dan tidak seimbang.   Extra! Cara Penjagaan PERABOT KAYU – Dapatkan nasihat lengkap daripada wakil penjual tentang kaedah penjagaan dan pembersihan. Gunakan bulu ayam atau kain lembut untuk mengelap atau membuang habuk pada bahagian permukaan kayu. PERABOT KULIT – Pelaburan yang berbaloi kerana tahan lama dan lebih lasak. Pastikan anda meneliti jenis bahan pencuci yang bersesuaian dengan jenis dan gred kulit agar ia tidak rosak. Sebaik-baiknya gunakan penyedut hampagas seminggu sekali untuk mengelakkan habuk yang terperangkap. Jika tertumpah sebarang cecair, lap menggunakan kain yang lembut. PERABOT UPHOLSTERI – Sangat praktikal kerana mudah ditanggalkan dan dibersihkan. Kenali jenis kain untuk mengelakkan cara cucian yang mampu merosakkan tekstur kain. Elakkan terdedah kepada matahari terik agar warnanya tidak mudah pudar.