Dari Fesyen ke Hiasan Dalaman (Kemasan Lembut)
Hubungan antara aliran dunia fesyen dan dunia hiasan dalaman amatlah rapat. Mereka saling mempengaruhi dan bertukar idea dalam menghasilkan koleksi terbaru mengikut gaya dan inspirasi. Di sini kami bariskan beberapa jenama yang telah mengembangkan sayap mereka dari jenama fesyen terkenal dengan menghasilkan helaian-helaian mewah bergaya kepada mencipta ruang kediaman yang menawan. Rekaan fabrik yang sememangnya sinonim dengan dunia fesyen diolah untuk kegunaan kediaman tanpa meminggirkan identiti asal jenama selain percambahan kepada kertas dinding sebagai ‘busana’ di ruang kediaman.

Koleksi musim Bungs/ Panas ’15, Christian Lacroix boleh didapati di Janine.
Christian Lacroix
Jenama ini bermula sekitar tahun 1987 di Paris oleh pemiliknya sendiri yang bertindak sebagai pereka yakni Christian Lacroix. Dikenali dengan rekaan adibusana, dia turut menghasilkan seleksi pakaian sedia pakai, aksesori dan beberapa jenis barangan fesyen lain. Sekitar tahun 2011, dia menjalinkan kerjasama dengan jenama hiasan dalaman terkenal Designers Guild dalam menghasilkan kemasan lembut berasaskan fabrik dan kertas dinding. Koleksi ini meraikan inspirasi, kekayaan warisan dan kreativiti jenama ini sendiri. Warna-warna terang, tekstur mewah seperti baldu, cetakan mempersona terus menghangatkan musim yang silih berganti di bawah kolaborasi ini.

Cole & Son membawakan seleksi rekaan Vivienne Westwood yang boleh dipilih di Goodrich Wallpaper
Vivienne Westwood
Pereka ini sentiasa menggegarkan pentas peragaannya dengan rekaan yang tersendiri, quirky dan dijalin elemen punk. Namun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana dia berasal dari Britain dan menjadikan ia budaya yang popular di sini. Pereka kini hadir dengan koleksi kertas dinding yang membawakan elemennya di bawah jenama Cole & Son. Rekaan yang dibawakan adalah berdasarkan gaya signatur pereka ini seperti tartan dan cetakan bendera Union Jack.

Rangkaian kertas dinding Roberto Cavalli merupakan tafsiran langsung dari salah satu rekaan busananya.
Roberto Cavalli
Flamboyant sememangnya kata-kata yang menerangkan personaliti pereka berasal daripada Itali ini. Dengan falsalfah mahukan perubahan dari warna suram yang menjadi latar utama dekorasi kediaman, dia mahu melihat lebih banyak kediaman yang hadir dengan rona terang dan ceria. Tidak dilupakan cetakan haiwan yang menjadi identitinya terus dikekalkan sebagai lambang kemewahan pemilik kediaman yang memilih rangkaian Roberto Cavalli Home.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
