fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kasut Parti La Pausa Tarikan Menawan Chanel Cruise 2019
MET GALA 2016: GAYA TERHANGAT PILIHAN EDITOR FESYEN
8 Inspirasi Gaya Pengantin Di Karpet Merah Majlis Anugerah
Altuzarra Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada NYFW
Kisah Disebalik Perhiasan Mewah The Nizam of Hyderabad Cartier
Home > Berita > Nadi Baru Le Roseau

Nadi Baru Le Roseau

Menjelang aidilfitri, selain busana raya menjadi keutamaan, padanan aksesori juga patut difokuskan. Longchamp perkenal beg paling padan untuk digayakan sempena aidilfitri ini serta acara-acara lain. Longchamp le roseau bersifat tradisi merupakan tawaran terbaru.

Kurang dari satu minggu lagi, kaum muslimin dan muslimat bakal menyambut Lebaran dalam suasana berhari raya cara normal baharu. Meskipun, sambutan Lebaran tahun ini tidaklah semeriah mana dan lebih terbatas, tak bermaksud aspek fesyen kala beraya diketepikan. Bergaya ketika Raya adalah kemestian buat semua. Lebih-lebih lagi orang kita. Bukankah fesyen Raya yang paling dinantikan saban tahun? Selain sibuk membeli busana baru, orang perempuan mementingkan keseluruhan penggayaan, from head to toe, yakni termasuklah beg tangan dan kasut baru.

Oleh itu, Longchamp lancarkan rekaan beg Le Roseau bersifat tradisi, yang mana menonjolkan tema Raya dengan nyata sekali. Ambil kira, keterbatasan kita sekarang, reka bentuk Le Roseau yang kukuh, praktikal dan memiliki ruang yang luas. Menjadi faktor-faktor penting. Aspek-aspek tersebut merupakan andalan Le Roseau yang merupakan kecirian yang diketengahkan. Tiada butiran yang rumit pada beg. Chic and clean. Keluasan beg memberi kemudahan pemakai untuk mengisi pelbagai item penting, misalnya, dompet, beg solekan, kunci kereta, kunci rumah dan sebagainya.

Ketradisionalan yang berpaut pada reka bentuk beg menyuntik keunikan jenama asal Perancis ini. Nada yang terdapat pada Le Roseau, bukan sahaja tertumpu pada satu stail sahaja, namun ia juga sempurna dibawa pergi melancong. Mudah jinjing ke mana sahaja.

Teks: Johan Kassim