‘Supermodels Sister’ Bintang Tamu Versace. And Maluma Too!
Global Chic Dengan Cetusan Rona Bold Dan Segar
Menarik Bulan Ini : RAEESA Cruise 2023 Juga Ainz & Tulpe
Nafas Baru Panthère de Cartier Untuk Wanita Sofistikated
Urban Revivo Kini Mendarat Di Pavilion Kuala Lumpur
Home > Fesyen > Jackie 1961 dari Gucci Taruhan Baru Alessandro Michele

Jackie 1961 dari Gucci Taruhan Baru Alessandro Michele

Sudah lebih 50 tahun beg Jackie ilham Gucci ini diperkenalkan dan semenjak itu jugalah beg ini menjadi dambaan pecintanya. Ia merupakan satu pelaburan fesyen yang cukup baik kerana nilai estetik dan gaya originality kekal sehingga sekarang. Jika dahulu dinamakan dengan jolokan Constance, namun ia dipopularkan oleh Jackie Kennedy lantas Gucci menukar namanya kepada beg Jackie.

Baca tentang cucu Jackie Kennedy di sini.

Kelahiran beg Gucci Jackie 1961 ini adalah garapan idea Alessandro Michele yang bijak memadukan rekaan daripada arkib dengan rentak kotemporari. Ia hadir dalam tiga saiz, kecil, mini dan medium. Manakala bermaterial klasik GG Supreme kanvas beserta reben hijau merah ikonik Gucci. juga pilihan rona pastel untuk menambah riang gaya harian untuk pelbagai personaliti. Beg ilham arkib ini puas memenuhi apa jua karakter semua. 

Beg Jackie 1961