“Simone Rocha x H&M”, Akan Tiba 11 Mac 2021
Bagi melangsungkan projek kolaborasi bersama pereka fesyen, H&M baru sahaja mengumumkan rakan kolaborasi yang baharu iaitu Simone Rocha. Kolaborasi berjudul “Simone Rocha x H&M’, mengandungi koleksi perempuan dan julung kalinya, koleksi lelaki dan kanak-kanak turut dipertaruhkan. Sesuatu yang baharu buat Simone Rocha. Ini bermakna, kerjasama kreatif ini dihadirkan buat seisi keluarga. Menampilkan wajah-wajah semasa sebagai penghias kempen, iaitu Daisy Edgar (pelakon), Adwoa Aboah (model & aktivis), Kesewa Aboah (pelukis), Tess McMillan (model) dan Robbie Spencer (penata gaya).
Belum dirungkaikan sepenuhnya, rekaan yang terkandung adalah bersifat pakaian majlis dalam pelbagai rupa dan fungsi. Termasuklah helaian luar seperti jaket, kot trench, jaket knit, dan aksesori rantai, cincin, gelang dan sepatu berperincian mutiara. Yang cukup signifikan buat jenama asal London ini.
Simone Rocha x H&M menegapkan variasi siluet serta butiran yang diharapkan dapat memenuhi kehendak pasaran sekarang, yang mana pelbagai identiti dan cita rasa timbul di kalangan peminat fesyen sekarang. Istimewa untuk koleksi ini, Simone Rocha mengeksplorasi arkib Simone Rocha untuk mencari inspirasi, dan mencari idea segar untuk menggabungkannya dengan elemen baharu. Ia juga tidak meminggirkan aspek-aspek yang ada kaitan dengan dunia Victorian yang cukup berpengaruh dalam sejarah Britain.
Terdapat motif tartan, floral dan organik, merah jambu menjadi pilihan utama untuk himpunan pakaian sedia pakai ini. Sudah tentu, DNA Simone Rocha tergabung bersama-menghiasi butiran dan setiap aspek baju, lengan baju dan hujung skirt labuh. Rekaan untuk koleksi lelaki belum dikongsikan lagi, yang semestinya menimbulkan teka teki, apakah yang bakal disajikan Simone Rocha kali ini?
Koleksi penuh Simone Rocha x H&M akan dilancarkan pada 11 Mac 2021, yang secara langsung meraikan penglibatan Simone Rocha dalam industri fesyen selama sepuluh tahun. Ia merupakan satu pencapaian hebat buat pereka fesyen persendirian yang berpusat di London.Tahniah buat Simone Rocha. Koleksi ini dihasratkan oleh Simone Rocha untuk memperkenalkan karyanya untuk disayangi, dihargai dan berupaya dipakai berulang kali. Kolaborasi ini merupakan jemputan eksklusif ke dunia Simone Rocha, diperluas untuk semua.




Artikel berkaitan: Paul Smith Musim Bunga 2021, “Floral Game Strong”
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
