Valentino Garavani Roman Stud Top Handle Cetusan Ikonik Moden
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioValentino Garavani Roman Stud menjadi taruhan baru di Valentino selari dengan meneruskan legasi Rockstud yang diperkenalkan pad 10 tahun lepas.
Valentino mahu terus meraikan kehebatan artisan juga legasi arkib rumah fesyen mereka. Melalui projek Mastery Tales, mereka mampu memperkukuhkan kehebatan seni tradisi mereka. Kali ini, taruhan Valentino adalah memberi fokus pada kemasan perincian pepaku berkepala piramid. Pepaku bentuk tiga segi ini menghiasi beg eksklusif ini. Pertama kali beg ini dipertontonkan pada umum pada persembahan koleksi Valentino Collezione Milano musim bunga 2021.

Valentino Garavani Roman Stud Top Handle
Pepaku seperti puncak piramid ini bukanlah satu idea baru di Valentino. Pertama kali diperkenalkan pada 10 tahun yang lalu dibawah satu himpunan The Valentino Garavani Rockstud. Ia telah menjadi ikon moden buat Valentino kerana sering menjadi pilihan utama bintang glamor antarabangsa. Pierpaolo Piccioli, selaku Pengarah Kreatif Valentino mengambil seni daripada arkib ini dengan digarap moden pada permukaan aksesori beg tangan ini.




Valentino Garavani Roman Stud Top Handle
Buat koleksi eksklusif ini, bentuk pepaku piramid ini dikemaskini lebih besar mencipta efek dramatik pada penataan gaya. Seperti pada beg ini, ia mempunyai citra punk dengan kemasan pepaku moden. Jahitan kuilt pada beg bermaterial napa ini mencipta rasa lembut dan sofistikated. Setiap beg memerlukan lima jam untuk menyiapkannya dan diberikan kemasan lebih lembut untuk mencipta efek kenyal. terdapat 28 pepaku piramid menghiasi permukaan beg juga tali bahu.
Beg eksklusif Valentino Garavani Roman Stud Top Handle ini sudah mula menempa nama sebagai It Bag pilihan wanita semasa kini. Daripada Lady Gaya hingga ke personaliti Kuala Lumpur, sudah mula bergaya bersama beg yang memancarkan fesyen mewah dan karakter cool!
https://www.instagram.com/p/CL3dSIWBNJx/?utm_source=ig_web_copy_link
https://www.instagram.com/p/CL3jCoGlUnO/?utm_source=ig_web_copy_link
Juga bagi menambah pengalaman membeli-belah lebih personal, Valentino melancarkan satu pengalaman digital My V Experience. Dimana dengan hanya menggunakan link, kita terus boleh membeli belah secara maya dengan pilihan lengkap yang ada di butik Valentino Pavilion Kuala Lumpur. Platfrom digital ini membolehkan pembeli untuk membeli belah beg tangan Valentino Garavani Roman Stud Top Handle dan mendapatkan khidmat servis terbaik mereka hanya dengan membuat panggilan ke butik (Tel: 03 – 2110 5770).
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


