Berbekalkan tekad dan semangat yang mendorongkan sukses peribadi juga syarikat, Datin Vivy Yusof, 35, senantiasa mendahagakan rincian pengalaman baharu.
Sekali gus, Vivy Yusof dilihat memperkasakan diri tanpa henti dalam menjadi pemain industri ‘modest fashion’ yang bukan saja tertakluk di rantau ini. Bahkan merentasi lima lautan dunia, membelahi tujuh benua dengan samuderanya yang teguh berlayar pergi dan kembali.
pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang rencana ZUHAIRIE SAHROM pengarang fesyen & penata gaya JOHAN KASSIM arahan seni AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM gambar CHEE WEI solekan KHIR KHALID penata hijab NAZLIVINGASTYLE

DRESS & SEPATU, PRADA & GELANG, TIFFANY LOCK BANGLE BALUTAN EMAS KUNING, TIFFANY LOCK BANGLE BALUTAN EMAS ROS BERTATAH BERLIAN PENUH PAVÉ, TIFFANY LOCK BANGLE BALUTAN EMAS ROS. BARANG KEMAS TIFFANY & CO.

KOT, BLAUS, SKIRT, BUT TINGGI & STOKING PANJANG, VALENTINO & CINCIN, TIFFANY & CO. HIGH JEWELRY RUBELLITE TIFFANY & CO. TIFFANY SOLESTE® KUNZITE. BARANG KEMAS TIFFANY & CO.

DRESS, GUCCI & KERONGSANG, TIFFANY & CO. SCHLUMBERGER® BIRD ON A ROCK BALUTAN PLATINUM DAN EMAS KUNING 18K BERSERTA BERLIAN & AMETHYST.
Apakah “Pemerkasaan Wanita?” Adakah ia mengenai kesaksamaan jantina, atau lebih daripada itu? Bagi saya, pemerkasaan wanita adalah apabila wanita mempunyai keupayaan untuk membuat pilihan mereka sendiri dalam hidup. Untuk mengejar impian mereka sendiri, apa pun impian itu. Sesetengah wanita tidak mahu kesaksamaan jantina, sesetengah wanita mahu. Sesetengah wanita tidak mahu bekerja, sesetengah wanita mahu. Jadi ia benar-benar tentang memastikan setiap wanita ini untuk didengari dan dapat memutuskan sendiri jalan hidupnya sendiri. https://www.instagram.com/p/CneY0tHDq13/ Meminjam kata Coco Chanel, “Seorang gadis harus tahu untuk memerankan 2 perkara; siapa dan apa yang dia mahukan.” Jadinya bila kita bercakap tentang pemerkasaan wanita, ia bukan tentang wanita vs lelaki. Juga bukan tentang memberi wanita kuasa ke atas lelaki, ianya adalah mengenai memberi wanita kuasa ke atas diri mereka sendiri.I CONSIDER MYSELF AN EMPOWERED WOMAN, BUT I VERY MUCH CONSIDER MYSELF A FEMININE WOMAN — VIVY YUSOF

DRESS, GUCCI & KERONGSANG, TIFFANY & CO. SCHLUMBERGER® BIRD ON A ROCK BALUTAN PLATINUM DAN EMAS KUNING 18K BERSERTA BERLIAN & AMETHYST. BARANG KEMAS TIFFANY & CO.
- Baca artikel penuh GLAM Pesona Vivy Yusof dalam edisi Jan/Feb 2023.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
