Kilauan Berlian Richard Mille Nan Menggoda

RM037 Ceramique White FRONT CMYK
Koleksi Lelaki Richard Mille memaparkan signature NTPT carbon di dalam rekaannya. Dengan itu penampilan jam tangan ini sangat unik dan powerful serentak itu menjamin lindungan optimal pada calibre.
Hari ini, material seumpamanya menonjolkan sifat feminin dalam RM 07-01 dan RM 037, sekali gus menghasilkan gem-set NTPT carbon yang tiada bandingnya, rekaan elegan pernah dihasilkan eksklusif oleh Richard Mille.
Mata kini bertumpu sepenuhnya pada perbezaan ketara antara kilauan jernih berlian dan matt carbon contour yang menghiasi kedua jam tangan automatik dipergelangan tangan. Semestinya rekaan yang menggoda sang wanita.
Perletakan batu permata pada NTPT carbon adalah percubaan terbaharu bagi jenama ini. Tidak seperti emas, yang mampu menggunakan alatan mudah dalam penyediaan prongs untuk memegang berlian, penyediaan NTPT carbon adalah lebih sukar dan banyak halangan. Semestinya perlukan mesin CNC khusus dengan alatan berlian untuk penyediaan sempurna.

Kilauan tangan prongs dalam emas merah atau putih dikeluarkan secara berasingan dan dimasukkan dalam lingkungan 0.25mm bearing untuk menguatkan lagi 250 butir berlian tersebut pada model RM 037 Full Set. Pembuatan ini ternyata menyerlahkan lagi hasil kesenian rekaan.

Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
