fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
All The Beauties At Oscars 2020 Red Carpet
50 Tahun Keanggunan: Bottega Veneta Hadir Dengan Kempen ‘Craft is our Language’
Dua Lipa Curi Perhatian dengan Gaun Merah & Orkestra di Royal Albert Hall
Rihanna Mempersembahkan Fenty University Di National Library of France
Fashion Item Yang Anda Perlu Ada Pada Musim Luruh 2022
Home > Fesyen > Gaya Olivia Rodrigo, Pencetus Inspirasi Fesyen Gen Z!

Gaya Olivia Rodrigo, Pencetus Inspirasi Fesyen Gen Z!

Boots daripada Dr. Martens sering menjadi pelengkap gaya penyanyi Olivia Rodrigo, langsung menjadi pencetus inspirasi stail Gen Z kini!

Teringat dahulu, sewaktu zaman belajar, Dr. Martens menjadi gaya kegemaran ramai pelajar di universiti. Sudah lama tidak terlihat gaya ini, dan hari ini, sewaktu saya berjalan keluar ke Pasar Seni dan Petaling Street, ramai anak-anak muda kelihatan menggayakan boot jenama ini. 

Terkenal dengan keselesaannya, tidak hairanlah mengapa Olivia Rodrigo juga menggemarkannya. Bukan sahaja dijadikan sebagai gaya harian, pemenang anugerah Grammy ini juga sering menggayakan tatkala membuat persembahan. Olivia dan Dr. Martens sesungguhnya tidak dapat dipisahkan. Untuk pengetahuan anda juga, wanita ini amat meminati Dr. Martens Jadon Boot.

Jika tahun lalu, heboh di TikTok, trend alt-girl aesthetic menjadi pilihan Gen Z, comeback gaya pop-punk dan seangkatan dengannya. Nampak gaya, trend ini belum reda. Seperti gaya Olivia Rodrigo yang pada saya amatlah sesuatu ini, dia bijak dalam berpadu-padan busana di geroboknya. Jom kita intai satu-persatu gaya Gen Z pilihan GLAM ini. 

Ini 5 Gaya Olivia Rodrigo Pilihan GLAM

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sewaktu berjalan santai, dia mengenakan Dr. Martens Adrien Tassel Loafers dan dipadu bersama slip dress bermaterialkan sutera. Lebih menarik, dia menyarung stokin putih, memberikan lagi energi cool girl dalam gaya off-stage nya.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse