Ada langkah pencegahan yang boleh diamalkan jika anda ingin merawat kulit di sekitar bahagian mata. Masih belum terlambat, di samping mengurangkan aktiviti melihat skrin telefon, GLAM kongsikan cara mudah untuk anda jaga mata melalui rutin kecantikan. Ayuh lihat bersama!
Tip Mudah Jaga Mata
#1 Melembap sangat penting dalam penjagaan kulit mata. Pastikan anda memilih krim mata yang penuh hidrasi. Dengan melihat pantulan skrin telefon yang boleh membuatkan kulit kusam dan kering dengan cepat. Jadi penggunaan krim mata amat penting baik dalam rutin cantik sebelah pagi mahupun malam!
#2 Rutin tradisional boleh dilakukan sebagai langkah tambahan. Mata yang letih bekerja mampu menunjukkan kesan yang ketara. Mata menjadi sembap dan tidak segar. Jadi, tip kami adalah dengan mengamalkan pupur timun setiap hari. Ia mampu mengembalikan mata yang segar.
#3 Minum air kosong dengan banyak. Bukan sahaja baik untuk tubuh badan, malah cukup bermanfaat untuk kulit terutama sekali pada bahagian mata.
#4 Urut lembut pada bahagian sekeliling mata untuk melancarkan serta merangsang lagi peredaran darah. Lakukan selama 30 saat menggunakan hujung jari-jemari dengan menepuk lembut sambil mengurut dalam gerakan membulat.
3 Produk Terkini Untuk Jaga Mata Boleh Anda Miliki
Shiseido Legendary Enmei Ultimate Brilliance Eye Cream RM1395
Caudalie Premier Cru The Eye Cream RM295
Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Eye Cream RM580
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
