Rahsia Kecantikan Dian Sastrowardoyo Pada Usia 40-an
Kejelitaan Dian Sastrowardoyo sering mencuri tumpuan peminat bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia.
Ramai terpesona dengan kulitnya yang mulus dan raut wajahnya yang awet muda. Walaupun sudah menginjak usia 41 tahun dan memiiliki dua cahaya mata, Dian seakan tidak dimamah usia.
Umum mengetahui aktres Gadis Kretek ini gemar melakukan rutin senaman seperti pilates dan bermain tenis untuk menjaga kecergasan tubuh. Malah dia sering berkongsi videonya berbasikal bersama suami tercinta, Maulana Indraguna Sutowo dan rakan-rakan di Instagram.
Selain itu Dian juga mengamalkan diet pemakanan khusus. Model dan pelakon itu mengakui tidak mengelak pengambilan nasi kerana percaya senaman yang dilakukannya membantu membakar karbohidrat yang masuk ke dalam tubuh.
Dia turut memperbanyakkan pengambilan daging, sayuran dan protein haiwan. Bagaimanapun bintang berdarah Jawa ini menolak makanan diproses dan hidangan bergaram.
“Untuk mendapatkan kulit wajah seperti sekarang ini, ia mengambil masa yang lama. Saya mula menjaga kulit pada usia 20-an, bukan 40-an. Saya menggunakan produk yang mengandungi retinol dan niacinamide.
“Bermula usia 25 tahun, kulit kita akan kehilangan satu peratus kolagen setiap tahun. Apa yang membuatkan orang nampak muda adalah tahap kolagen dalam kulit mereka. Retinol dan niacinamide akan membantu memperlahankan pengurangan kolagen,” kongsinya.
Foto: Instagram
Baca: Rahsia Kecantikan Son Ye Jin Pada Usia 40 Tahun

Foto: Instagram
“Saya ambil makanan sihat. Selagi boleh saya akan makan hidangan yang tidak diproses di kilang. Contohnya saya akan makan ayam, bukannya nuget. Jika kita makan terlalu banyak makanan diproses, toksin akan terkumpul di dalam badan,” katanya.Memiliki kulit wajah sensitif, Dian juga mengelakkan pengambilan gula, tepung dan prosuk tenusu dalam diet hariannya.
Bagaimana Pula Dian Sastrowardoyo Menjaga Kulit Wajah?
Menurut bintang yang popular di Malaysia menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta ini, rahsia kulit anjalnya terletak pada rutin penjagaan wajah setiap pagi dan malam. Tambahnya, penampilan awet muda yang dimilikinya tidak diperolehi sekelip mata atau dengan cara mudah. Prosesnya mengambi masa yang lama. Bahkan dia sudah menggunakan produk penjagaan dengan ramuan terbaik untuk kulit sejak usia muda.
Foto: Instagram
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
