GLAM Kongsi Tip Solekan Parti Malam Tahun Baru!
Ke mana cadangan anda untuk menyambut tahun baru hujung minggu ini? Ayuh sambil itu, GLAM kongsikan dengan anda tip solekan menarik untuk parti malam tahun baru.
Parti malam tahun baru semestinya menjadi sebuah acara yang dinanti-nantikan buat semua. Boleh dikatakan ianya adalah antara acara terbesar yang menjadi tumpuan ramai bersempena menyambut tahun baharu. Kini, kami melihat sambutan ini sering diraikan dalam pelbagai cara, baik secara intimate bersama yang tersayang atau juga merayakan dalam sambutan meriah secara beramai-ramai di tempat awam. Walau dalam acara bagaimana sekalipun, pasti sambutan ini mahu diraikan secara istimewa. Menggayakan busana yang berbeza daripada hari biasa malah sudah tentu juga mahu menggayakan solekan dan gaya rambut yang lebih ekstra, bukan?
Untuk solekan parti malam tahun baru ini, saranan GLAM, apa kata anda cuba cipta penampilan yang lebih glamor dan dalam pada masa yang sama, masih tampak fun. Jom lihat beberapa tip solekan yang boleh anda pertimbangkan:
Ini Tip Solekan Cantik Untuk Ke Parti Malam Tahun Baru!
#1 Tip Menggunakan Bedak Asas dan Sahap Noda (Concealer) Memandangkan anda ke acara parti dan pastinya anda akan berpeluh, pastikan anda menggunakan bedak asas juga sahap noda yang berformulakan kalis air juga tahan lama. Selain itu, ianya haruslah memiliki kualiti litupan tinggi bagi menutu cela-cela wajah dengan baik. Yang paling penting, ianya haruslah bersesuaian dengan kulit wajah anda. #2 Pembayang Mata Saranan kami, pilih warna pembayang mata yang bersesuaian dengan tema parti atau pakaian yang anda sarungkan. Tidak semestinya anda harus memadu warna yang sama buat mata dan baju anda. Pastikan ia adalah pilihan warna yang tidak terlalu kontra sehingga membuatkan keseluruhan look anda seperti badut. Main dengan pembayang mata berformulakan kemilau untuk menaikkan lagi semangat selebrasi parti malam tahun baru anda! #3 Penggaris Mata Sudah tentu, jika bercakap tentang solekan parti, layangan penggaris mata pasti tidak akan lari. Penggaris mata ini mampu menyerlahkan lagi mata anda kerana ia secara tidak langsung menambahkan lagi definisi pada mata anda. Untuk membuatkan layangan itu tahan lebih lama, gunakan penggaris mata jenis pensel terlebih dahulu, kemudian baru lapiskan dengan pen jenis cecair. #4 Highlighter Ini adalah langkah yang pada kami amat penting sekali! Lebih-lebih lagi jika untuk solekan pada sebelah malam. Ia mampu memberikan efek solekan yang lebih glamor dan berseri. Pastikan anda melayangkan pada bahagian-bahagian wajah yang penting seperti tulang pipi, hidung, juga bahagian atas bibir. #5 Setting Spray Jika anda tertanya-tanya, mengapakah solekan di wajah selebriti sentiasa kekal cantik walaupun berjam-jam di wajah. Jawapannya adalah setting spray! Akhiri solekan anda dengan setting spray untuk memastikan solekan kekal sepanjang malam. Selain daripada itu, pastikan untuk membersihkan dan merawat kulit wajah sebelum dan selepas solekan untuk mengelakkan masalah kulit. Anda boleh menyesuaikan tip-tip ini mengikut citarasa peribadi dan tema parti yang diingini. Selamat bersolek dan menikmati parti!Cedok Inspirasi Solekan Parti Malam Tahun Baru 5 Selebriti Pilihan GLAM
#1 Klasik Glamor Ala Ariana Grande
#2 Segalanya Merah Ala Hailey Bieber untuk Idea Solekan Parti Malam Tahun Baru
#2 Solekan Seksi Seperti Dua Lipa
#4 Minimalis dan Manis Bak Jennie Kim BLACKPINK
#5 Fun & Glitz Bak Vanessa Hudgens
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
