Gaya Solekan Anggun Puteri-Puteri Sultan Pahang Di Istiadat Persandingan Diraja
By
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full Bio|
Sep 04, 2024
Di samping kejelitaan YAM Tengku Puteri Afzan Aminah pada Istiadat Persandingannya, puteri-puteri Sultan Pahang turut menjadi fokus orang ramai kerana tampil dengan busana dan sentuhan solekan yang tidak kurang hebatnya. GLAM membariskan gaya solekan manis puteri-puteri Sultan Pahang di Istiadat Persandingan Diraja.
Umum mengetahui, baru-baru ini telah berlangsungnya Istiadat Persandingan Diraja, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan FD Idzham FD Iskandar yang meriah dan penuh tradisi.
Kejelitaan Tengku Afzan terserlah dengan busana pengantin berona putih rekaan @hautecouturebyri disamping solekan yang berseri sentuhan Rozlan Nassir. Turut mencuri tumpuan pada istiadat tersebut, penampilan puteri-puteri Sultan Pahang yang lain. Apa yang menarik sekali ialah puteri-puteri jelita Sultan Pahang ini tampil dengan gaya solekan yang begitu anggun dan elegan.
Berikut Ialah 4 Gaya Solekan Anggun Puteri-Puteri Sultan Pahang Di Istiadat Persandingan Diraja
1. YAM Tengku Puteri Iman Afzan
YAM Tengku Puteri Iman Afzan tampil dengan gaya solekan clean namun masih kelihatan elegan untuk Istiadat Persandingan Diraja. Jurusolek pilihan, Jijie Zainal, melayang rona pembayang mata yang menyerlahkan lagi kecantikan YAM Tengku Puteri Iman Afzan. Klasik namun masih terlihat moden dengan persalinan busana rekaan Teh Firdaus.
2. YAM Tengku Puteri Ilisha Ameera
YAM Tengku Puteri Ilisha Ameera tampak begitu anggun dalam persalinan busana rekaan pereka fesyen tempatan, Teh Firdaus berona hijau pudina. Penampilannya pula dilengkapkan dengan dandanan rambut dan gaya solekan sentuhan Syedewa yang minimal. Walaupun kelihatan minimal, solekannya masih terselit elemen ekstra. Sebagai contoh, YAM Tengku Puteri Ilisha Ameera mengenakan warna gincu terang yang tidak keterlaluan.
3. YAM Tengku Puteri Ilyana
Bermula daripada dandanan rambut yang rapi, YAM Tengku Puteri Ilyana juga menarik perhatian dengan gaya solekan yang memberikan fokus kepada pembayang mata. Pemilihan gincu bibir berona nude membuatkan penampilan bibirnya tidak terlalu pucat dan amat sesuai untuk digayakan pada Istiadat Persandingan Diraja. We love the overall look!View this post on Instagram
4. YAM Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah
YAM Tengku Puteri Jihan yang merupakan puteri bongsu Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Pada Istiadat Persandingan Diraja, YAM Tengku Puteri Jihan telah mengenakan pembayang mata dengan rona yang lembut untuk menyerlahkan kecantikan semula jadinya. Artikel berkaitan: GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Rozlan Nassir, Dedah Guna 3 Produk Untuk Tengku Puteri Afzan Di Majlis Sanding Diraja!
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
