Duta Kecantikan Global Baru Burberry: Iris Law

Iris Law
Foto: Burberry
Anak kepada pelakon Jude Law dan Sadie Frost, Iris Law yang baru berusia 16 tahun itu telah dinamakan sebagai Duta Kecantikan Global terbaru untuk jenama fesyen British Burberry.
“Saya berasa sangat berbangga kerana telah dipilih! Saya merasa sangat teruja untuk kempen itu dilancarkan — dan mungkin juga sedikit gementar,” kata Iris untuk Vogue UK.

Iris Law
Foto: Burberry
Kempen pertama Iris bersama Burberry adalah untuk rangkaian Liquid Lip Velvet mereka dan ini bukanlah kali pertama buat model muda ini berkecimpung dalam dunia peragaan. Iris juga pernah bekerjasama bersama Miu Miu untuk koleksi pre-spring/summer 2017 mereka. Tetapi pada Iris, kerjasamanya bersama Burberry ini merupakan highlight kepada kerjayanya dalam industri ini.
“Saya sudah memakai Burberry semenjak saya masih kecil lagi, baby carrierpertama saya adalah daripada Burberry. Saya memang sukakannya [Buberry] — ianya satu jenama British yang bagus.” Iris menerangkan lagi.

Iris Law
Foto: Burberry
“Saya tidak bersolek di sekolah tetapi kalau saya memakainya saya akan pastikan ianya mudah sahaja. Saya menggunakan Fresh Glow dari Burberry untuk tulang pipi saya, Liquid Lip Velvet dalam rona Fawn Rose, saya contour mata saya menggunakan Eye Colour Contour Burberry,” katanya lagi.
“Kalau saya keluar pula saya akan mengenakan solekan mata yang kuat ataupun bibir yang berani — bukan kedua-duanya. Saya juga bereksperimen dengan rona warna merah di bawah mata saya. Saya mendapat inspirasi kecantikan saya daripada pengambaran dan benda-benda yang saya nampak di Instagram.”
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
