“Istimewa Hari Ibu” – Blossom To My Heart
Cinta ibu tidak boleh didefinisikan dalam satu perkataan. Pastinya memerlukan satu hari untuk merayakannya dengan semua cinta dan kebahagiaan. Hari istimewa ini disambut dengan penuh semangat, ini adalah masa yang membayar segala usaha murni dan meluahkan penghormatan kepadanya agar insan ini berasa sangat istimewa dan penuh kasih sayang. Salah satu cara terbaik untuk meraikan hari ini sangat istimewa adalah melalui keindahan bunga yakni harumanya yang dijulang sebagai intipati terpenting setiap perayaan. Semekar kembangan kelopak dan harumnya bunga, GLAM mendekati dua personaliti cantik dan menyelami erti kasih sayang sebenar dilubuk hati mereka berdua sempena meraikan Hari Ibu.
Amelia Henderson
Kemesraan aktres Amelia Henderson dan ibunya, Dr. Jaya Rudralingam tidak memerlukan pengenalan. Sering kali ditemani ibunya di set pengambaran dan majlis glamor, dia sentiasa mengagumi dedikasi dan sikap ibunya yang sentiasa ada untuknya kala susah dan senang. Dan sebagai tanda kasih, Amelia gemar menghadiahkan ibunya wangian lantas sewaktu ke Amerika Syarikat pada usia 13 tahun, Amelia telah menghadiahkan wangian pertama kepada ibunya menggunakan duit poketnya sendiri. Sejak daripada itu, ibunya sentiasa berkongsi keseronokan semburan wangian baik ke majlis glamor atau sekadar bersiar-siar.

https://www.instagram.com/p/BxRUe-Fl03t/
Datin Sharifah Shawati
Personaliti yang cukup disegani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Adamaya Consultancy & Services pula sentiasa tampil anggun di khalayak walaupun sibuk dengan urusan kerjayanya tidak kira di dalam dan luar negara. Dan seiring peredaran masa, sebagai anak perempuan tunggal di dalam keluarga, Maya Letisha amat mengagumi ketekunan Datin Sharifah dan meneladaninya. Maka, tidak hairanlah apabila Maya juga mula menunjukkan minatnya pada bidang fesyen dan kini menerusi laman sosial Instagram @letishaaaa mula mengumpul pengikut yang tersendiri dan kian menjadi perhatian kelompok fesyen tempatan.

https://www.instagram.com/p/BxTw8x2FU8G/
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
