Gambar: Arkib GLAM
The first step to perfection! Pilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit mampu kembalikan seri pada wajah anda. Ikuti yang terbaik pilihan GLAM.

Sulwhasoo Gentle Cleansing Foam
Membersihkan muka secara lembut merupakan keistimewaan produk dari Sulwhasoo ini. Liang roma yang tersumbat dibersihkan dengan sempurna tanpa meninggalkan keradangan. Antara bahan yang digunakan dalam produk ini adalah daun herba Dokudami yang meninggalkan kesan lembut lagi segar pada permukaan kulit manakala Japanese Apricot mengekalkan kelembapan wajah sekaligus tampil berseri.

Jurlique Nutri-Define Refining Foaming Cleanser
Cukup sempurna buat anda yang mahu mengembalikan kesegaran kulit wajah usai kusam kerana tekanan kerja. Pembersih muka berbuih dari Jurlique ini mengandungi formula pekat dengan manik halus yang beransur-ansur menghaluskan permukaan kulit wajah dan hasilnya kulit kembali licin dan berseri. Lebih hebat, ianya membersihkan kulit dari dalam lantas mengembalikan tona sekata pada wajah dan turut berupaya mengurangkan kedutan.

The History of Whoo Jinyulhyang Essencial Cleansing Oil
Ramuan herba dari bahan perubatan semula jadi mengekalkan kelembapan dan menyingkir kotoran pada wajah. Juga sesuai digunakan buat mereka yang berkulit kering, formula berasaskan herba tidak berminyak ini dirumus khas untuk mengembalikan keremajaan kulit.

Kiehl’s Calendula Deep Cleansing Foaming Face Wash
Pembersihan secara mendalam yang melembutkan wajah tanpa membiarkan kulit terlalu kering, formula berasas gel berkrim dari Kiehl’s ini diaktifkan dengan titisan air lantas menghasilkan buih yang menghapuskan kotoran pada liang roma wajah sewaktu bilasan. Ekstrak semula jadi Bunga Calendula yakni ramuan ikonik produk kecantikan Kiehl’s sesuai digunakan untuk jenis kulit normal hingga ke berminyak. Hasilnya wajah tampil segar berseri.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
