Louis Vuitton Perkenalkan Art Silk Squares Sentuhan Seni Kontemporari
Maze of Precious oleh eBoy
Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Kai Vermehr, Steffen Sauerteig, dan Svend Smital, gaya seni piksel eBoy telah menjadi ikon yang mudah dikenali, terutamanya melalui siri pemandangan bandar mereka, Pixorama. Dalam karya “Maze of Precious” yang direka untuk carré Louis Vuitton, logo LV terletak di tengah-tengah labirin dengan sempadan yang menggambarkan pelbagai jenis anyaman kain, seperti twil dan satin. Labirin ini dihiasi dengan elemen corak Monogram Louis Vuitton, termasuk bunga bulat, quatrefoil, tumbuh-tumbuhan piksel berwarna terang, serta serangga geometrik yang menyeronokkan. Terlihat juga corak checkered dan campuran warna yang cukup quirky but classy! 
Malles Monde oleh Icinori
Seterusnya, karya Mayumi Otero dan Raphaël Urwiller dari Icinori, yang menggabungkan teknik seni tradisional dengan naratif moden, karya unggul yang pernah diterbitkan dalam akhbar antarabangsa Le Monde dan New York Times. Serta dipamerkan di galeri dan muzium Pompidou Centre Metz. Carré, sutera yang berwarna cerah dan visual yang kaya, “Malles Monde,” meraikan warisan pembuatan trunk Maison dan Seni Pengembaraan, LV trunk yang dihiasi dengan flora dan simbol Monogram, melambangkan pembaharuan berterusan serta perjalanan hidup yang everlasting.
Iris Spring oleh Lorenzo Mattotti
Seniman Lorenzo Mattotti, yang terkenal dengan karya menggunakan pensil warna dan soft pastel dalam komik seperti Firesdan Murmur, serta ilustrasi dalam akhbar New Yorker dan Süddeutsche Zeitung, mencipta “Iris Spring” khas sebagai penghormatan kepada bunga yang menghiasi kaca patri Art Nouveau di teratak bersejarah keluarga Vuitton di atelier Asnières. Dengan latar belakang pohon-pohon berwarna-warni dan air terjun, bentuk bunga iris yang mengalir menjadikan titik perhatian dalam fantasi kaleidoskopik yang mempesonakan. Terlihat warna-warna yang vibrant menghasilkan artwork Matotti di selendang LV ini cukup eyecatching!
Parfums de Méditerranée oleh Nicolas de Crécy
Untuk “Parfums de Méditerranée,” pengarang grafik dan ilustrator Perancis Nicolas de Crécy, dikenali dengan karya surreal dan inovatif seperti Foligatto dan Salvatore yang menjelajah ke dalam dunia aroma Provence. Terinspirasi oleh taman-taman di Grasse, tempat di mana wangian Louis Vuitton diramu, beliau menyajikan panorama yang mempesonakan dalam gaya whimsy yang unik, menggabungkan gunung-gunung megah, bunga-bunga yang beraroma harum, dan ciptaan playful yang berasaskan corak Monogram.
Parfums de Méditerranée | Courtesy of Louis Vuitton

Parfums de Méditerranée | Courtesy of Louis Vuitton
Urban Flowers oleh Thomas Ott
Dalam karya-karya novel grafiknya yang gelap dan menawan, seperti The Number 73304-23-4153-6-96-8, artis Switzerland Thomas Ott mengolah papan gores dan pemotong untuk mencipta naratif visual yang intens dalam hitam-putih. Kbanyakkan karya komik Ott beratmostfera suram atau lebih jelasnya grim. Untuk carré Louis Vuitton “Urban Flowers,” Ott menggunakan teknik seni yang rumit ini untuk menghasilkan imej chiaroscuro yang halus dan surreal. Karya ini menggambarkan bagaimana alam mampu mengubah lanskap urban kita, dengan bunga-bunga yang bertindak sebagai simbol semangat manusia yang tak terpadamkan, membawa keajaiban dan keindahan ke dalam kehidupan kota yang sibuk.
Urban Flowers | Courtesy of Louis Vuitton

Urban Flowers | Courtesy of Louis Vuitton
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT





