5 Gaya Bintang India di Met Gala 2025 Pilihan GLAM
Millennial It-Girl: Naddy Rahman
Gaya Dinamik Jumpsuit
Himpunan Seni Man Chien
MFW Street Style: Peranan Warna Dalam Suai Padan
Home > Fesyen > Acne Studios FW26 Meraikan 30 Tahun Legasi Kreatif

Acne Studios FW26 Meraikan 30 Tahun Legasi Kreatif

Sempena tahun ke-30 jenama itu melebarkan sayapnya, mereka tampil dengan konsep menghubungkan warisan Acne Studios bersama nafas baru generasi kini. 

Acne Studios FW26 membawakan kapsul memori sebagai inspirasi untuk mengangkat legasi kreatif rumah fesyen Sweden itu. Pengasas dan Pengarah Kreatif, Jonny Johansson mengatakan bahawa terdapat pelbagai momen bersejarah yang berbeza yang membantu membentuk karya seni jenama tersebut.

Inspirasi Kreatif dan Klasik Masa Hadapan

Acne Studios FW26 Meraikan 30 Tahun Legasi Kreatif Bersama sentuhan idea daripada sejarah Acne Studios, Johansson secara spesifiknya melihat kembali kepada pentas peragaan pada tahun 2010 yang diadakan di apartment Lord Snowdon di Kensington Palace. Acne Studios mengikat nostalgia dan masa kini menjadi ilham dan mencipta persalinan yang sukar dilupakan. Sejarah lama bukan sekadar diingati, tetapi diraikan sebagai detik yang membentuk identiti jenama tersebut sehingga kini.    Acne Studios FW26 Meraikan 30 Tahun Legasi Kreatif Koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026 ini menampilkan rekaan ikonik Acne Studios seperti jaket biker dan aviator kulit yang cropped serta set knit preppy yang dipadankan rapi. Yang paling menonjol, potongan denim klasik 1996 jenama ini dikembalikan ke pentas fesyen semula, menampilkan siluet slim. Koleksi ini turut menambah visual dinamik kepada konsep mereka bersama palet warna yang dipersembahkan kekal sofistikated daripada pilihan tona dusty hingga gelap, diiringi fabrik satin dan corak binatang yang abstrak. Aksesori seperti skarf yang elegan, kasut kulit boots serta eyewear yang menyerlahkan lagi karakter asli si pemakai dapat memberi sentuhan emosi bahawa Acne Studios sesungguhnya berakar daripada inspirasi kreatif. Acne Studios FW26 Meraikan 30 Tahun Legasi Kreatif Aura eksklusif Acne Studios semakin bersinar dengan barisan hadapan yang dihiasi bintang-bintang antarabangsa seperti Chapell Roan yang tampil mempesona dengan lace dress dan solekan berani, menonjolkan keanggunan tiada tandingan. Warisan jenama ini  bukan sekadar diraikan untuk masa lalu semata-mata, tetapi menjadi penghubung menuju klasik masa depan Acne Studios. Ia menyemarakkan penghargaan terhadap setiap langkah sepanjang 30 tahun Acne Studios dibina dan mengukuhkan naratif bahawa legasi kreatif wajar diraikan. Artikel Berkaitan: Ini Trend Fesyen 2026 To Look Forward