Related Stories
Pereka Fesyen John Galliano Meninggalkan Maison Margiela Selepas 10 Tahun
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Dec 13, 2024
Pereka fesyen yang cukup ikonik, John Galliano telah membuat pengumuman untuk meletakkan jawatan daripada jenama Maison Margiela selepas 10 tahun berkhidmat.
John Galliano merupakan antara penggiat fesyen yang cukup cemerlang dalam portfolio kariernya dan sering kali mempersembahkan koleksi busana yang tampil memukau lagi mempersonakan. Idea, kreativti serta identitinya sebagai seorang pereka fesyen ternyata jelas memancar. Namun, industri fesyen telah dikejutkan dengan berita pengumuman di laman Instagram miliknya, untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah kreatif di Maison Margiela yang telah berkhidmat selama 10 tahun.
Dalam kenyataannya, Galliano berkongsikan, “today is the day is I say goodbye” kepada syarikat itu, dan turut menambah “heart overflows with joyous gratitude, and my soul smiles”. Pereka dari British ini mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontraknya yang menghampiri penghujung. Pengumuman yang dikongsikan telah menarik tanda tanya ramai penggemar fesyen buat destinasi seterus dalam kerjayanya. Tetapi Galliano juga telah menyelitkan dalam kenyataannya bahawa, “when the time is right, all will be revealed.”
Koleksi Spring 2015 Couture Maison Margiela merupakan debut kenangan John Galliano di Maison Margiela. Ia merupakan kebangkitannya menyertai komuniti fesyen semula selepas kekecohan skandalnya di Dior. Galliano berjaya mempersembahkan koleksi yang menggabungkan dekonstruksi provokatif Maison Margiela dengan gabungan kemewahan identitinya.
Koleksi Artisanal Fall 2015 yang diperagakan di Grand Palais, merupakan antara koleksi John Galliano yang tidak dapat dilupakan. Hal ini kerana koleksi yang dipentaskan ditutup dengan sehelai busana yang cukup memukau! Gaun meleret serba putih seolah diselubungi awan, nyata menjadi kemuncak dalam koleksi ini yang diperagakan oleh model jelitawan Irina.
Koleksi Musim Bunga/Musim Panas Couture 2017 merupakan kali pertama pereka Galliano berkolaborasi ketika di Maison Margiela, bekerjasama dengan seorang artis bernama Benjamin Shine. Salah satu busana yang dipersembahkan memotret rupa paras menggunakan fabrik bermaterial tulle, lantas menjerit kreativiti Galliano sebagai pengarah kreatif Maison Margiela.
Majlis berpretij Met Gala pada tahun 2018 merupakan the best Met Gala all the time! John Galliano telah menjadi bualan hangat apabila busananya dipadukan oleh ikon fesyen Rihanna, menjadikan ia salah satu busana Met Gala paling digemari sehingga kini. Busana yang dipenuhi dengan butiran manik rumit ini lantas menyerlahkan kemahiran Galliano sebagai seorang pereka fesyen.
Koleksi Spring 2024 Maison Margiela merupakan pertunjukan fesyen yang paling internet-breaking oleh John Galliano! Ia merupakan pertunjukan couture yang sememangnya menguatkan portfolio Galliano sebagai seorang pereka. Daripada idea kreatif desain, sileut hingga ke pemilihan fabrik, kesemuanya cukup sempurna dalam sebuah koleksi yang dipersembahkan. Butiran idea solekan dalam pementasan fesyen ini juga menjadi ikutan ramai pempengaruh yang nyata menjadikan koleksi ini cukup ikonik.
Artikel berkaitan: Idea Eksentrik Penuh Makna John Galliano Untuk Maison Margiela

Imbas Kembali Detik Gemilang John Galliano Sebagai Pengarah Kreatif Maison Margiela.
1. Spring 2015 Couture
Koleksi Spring 2015 Couture Maison Margiela merupakan debut kenangan John Galliano di Maison Margiela. Ia merupakan kebangkitannya menyertai komuniti fesyen semula selepas kekecohan skandalnya di Dior. Galliano berjaya mempersembahkan koleksi yang menggabungkan dekonstruksi provokatif Maison Margiela dengan gabungan kemewahan identitinya.
2. Artisanal Fall 2015
Koleksi Artisanal Fall 2015 yang diperagakan di Grand Palais, merupakan antara koleksi John Galliano yang tidak dapat dilupakan. Hal ini kerana koleksi yang dipentaskan ditutup dengan sehelai busana yang cukup memukau! Gaun meleret serba putih seolah diselubungi awan, nyata menjadi kemuncak dalam koleksi ini yang diperagakan oleh model jelitawan Irina.
3. Spring 2017 Couture
Koleksi Musim Bunga/Musim Panas Couture 2017 merupakan kali pertama pereka Galliano berkolaborasi ketika di Maison Margiela, bekerjasama dengan seorang artis bernama Benjamin Shine. Salah satu busana yang dipersembahkan memotret rupa paras menggunakan fabrik bermaterial tulle, lantas menjerit kreativiti Galliano sebagai pengarah kreatif Maison Margiela.
4. Rihanna Met Gala 2018
Majlis berpretij Met Gala pada tahun 2018 merupakan the best Met Gala all the time! John Galliano telah menjadi bualan hangat apabila busananya dipadukan oleh ikon fesyen Rihanna, menjadikan ia salah satu busana Met Gala paling digemari sehingga kini. Busana yang dipenuhi dengan butiran manik rumit ini lantas menyerlahkan kemahiran Galliano sebagai seorang pereka fesyen.
5. Spring 2024 Couture
Koleksi Spring 2024 Maison Margiela merupakan pertunjukan fesyen yang paling internet-breaking oleh John Galliano! Ia merupakan pertunjukan couture yang sememangnya menguatkan portfolio Galliano sebagai seorang pereka. Daripada idea kreatif desain, sileut hingga ke pemilihan fabrik, kesemuanya cukup sempurna dalam sebuah koleksi yang dipersembahkan. Butiran idea solekan dalam pementasan fesyen ini juga menjadi ikutan ramai pempengaruh yang nyata menjadikan koleksi ini cukup ikonik.
Artikel berkaitan: Idea Eksentrik Penuh Makna John Galliano Untuk Maison Margiela
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026