Gaya Layering Untuk Si Cilik Juga Anda Satu Keluarga
GLAM JUNIOR: Tyara Penyeri Hidup Tyra Kamaruzzaman & Emran
Playful Summer Bersama GUESS Kids Untuk Kanak-Kanak Dan Si Cilik Bergaya
‘Create the Life You Want to Live’ – Gisele Bündchen
GLAM Junior: Adik Neelofa Bakal Timang Baby Lelaki
Home > Glam Junior > Dunia Girang Menantikan Bayi A-List

Dunia Girang Menantikan Bayi A-List

Bintang-bintang A-List ini bakal menyambut kehadiran bayi tidak lama lagi! Tahun 2025 dijangka menjadi tahun penuh emosi bagi ramai selebriti terkenal yang sedang bersiap sedia menyambut kelahiran cahaya mata. Dari Megan Fox dan Jennifer Lawrence hingga Jason Kelce dan Milo Ventimiglia – berikut adalah selebriti yang dijangka menimang cahaya mata pada tahun 2025: Megan Fox Megan Fox mengumumkan kehamilannya pada November 2024, yang merupakan anak keempatnya – dan yang pertama dengan teman lelakinya yang kerap putus-sambung, Machine Gun Kelly. Megan berkongsi berita gembira ini di Instagram dengan memuat naik gambar dirinya mengusap perut sambil diselimuti cecair hitam. Dia juga berkongsi satu lagi gambar yang menunjukkan ujian kehamilan positif. “Nothing is ever really lost. welcome back,” memetik lirik lagu Last November nyanyian MGK, yang merujuk kepada kehilangan kehamilan mereka sebelum ini. Sehingga kini tidak ada yang mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan. Jennifer Lawrence Jennifer Lawrence sedang menantikan kelahiran anak keduanya bersama suaminya, Cooke Maroney. Jennifer dilihat di Los Angeles dengan perut yang sedikit kelihatan. Sejak itu, dia telah membuat beberapa penampilan umum dengan baby bump yang semakin membesar, termasuk pada Disember lalu di The Hollywood Reporter’s Annual Women in Entertainment Gala. Sehingga kini tidak ada sebarang perkongsian mengenai jantina bayi. Gisele Bündchen Gisele Bündchen bakal menyambut kelahiran anak ketiganya dan yang pertama bersama teman lelakinya, Joaquim Valente, seorang jurulatih Jiu-Jitsu. Walaupun supermodel ini tidak banyak bercakap mengenai kehamilannya, dia telah dirakam sedang mengusap perutnya yang semakin membesar pada penghujung Disember ketika bergambar di pantai. Sehingga kini Gisele belum berkongsi lagi jantina bayi yang bakal lahir. Artikel Berkaitan: Chrissy Teigen Dan John Legend Mencuba Bayi #2 Menerusi Proses IVF