Raysha Rizrose Meraikan Baby Shower Sambutan Kasih Si Kecil Yang Bakal Tiba
Raysha Rizrose dan suami bakali timang cahaya mata puterinya di acara baby shower dan ‘gender reveal’ dengan penuh teruja dan mesra.
Sembilan bulan penuh keajaiban, menanti hadirnya permata hati yang bakal melengkapkan hidup Raysha sekeluarga. Di sebalik senyuman seorang ibu, setiap detik dikira langkah ke arah kebahagiaan yang tidak terungkap untuk berjumpa si kecil tidak lama lagi. Raysha juga dikenali sebagai adik kepada dua selebriti Malaysia, iaitu Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose.
Di majlis baby shower tersebut, dipercayai berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat. Manakala, berita gembira ini dikongsikan dari pelakon, Aprena Manrose yang juga sepupu Raysha ketika menghadiri majlis ‘gender reveal’ yang diadakan. Justeru, kandungan isteri kepada pelumba Formula 2, Nabil Jeffri, sudah memasuki usia tujuh bulan, dijangka melahirkan anak pada hujung tahun ini. Raysha juga turut berkongsi sebuah video momen romantis yang memaparkan detik indah bersama suaminya, sambil memperlihatkan perutnya yang semakin membesar, tanda kasih sayang yang bakal hadir dalam hidup mereka.
Raysha Rizrose dan Suami Menanti Anugerah Terindah
Saat menatap wajah si kecil disitu gelombang emosi sukar dibicara dan digambarkan. Perasaan cukup menyentuh hati dan syukur apabila mendengar tangisan dan nafas untuk kali pertamanya. Raysha dan suami tidak lama lagi akan bertiga bersama pemata hati puterinya dengan penuh kegembiraan.

Ruang acara dihiasi dengan belon besar berwarna lembut seperti pastel merah jambu, biru lembut, dan krim. Terlihat juga dekorasi awan menambahkan elemen manis dan nyaman mencipta suasana lebih mesra. Serta latar belakang yang tertulis kata-kata “he or she, it’s up in the air”. Terdapat juga kotak kejutan berisikan konfeti yang mengandungi warna kejutan di dalamnya, tekan butang dan bersedia untuk mendedahkan jantina bayi. And it’s a Girl!

Kredit: Farizrose via Threads

Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose turut menyambut majlis gender reveal Raysha dengan penuh senyuman dan ceria.

Sebagai rekod, Raysha dan Nabil sudah mendirikan rumah tangga sejak 22 Februari 2023. Disitu kehangatan permulaan baru berumah tangga disertai dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang terasa tiada penghujungnya.
Artikel Berkaitan: Tengku Natasya Adnan Meraih Keberkatan Ilahi Dengan Majlis Khatam Al-Quran
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
