Kamar beradu – ruang permulaan dan pengakhiran kehidupan setiap penghuni di kediaman. Mencipta ruang santuari perlu mengambil kira sudut pencahayaan, reka pelan dan material yang diingini. Jangan abaikan pemilihan kombinasi warna dan aksesori dalam mencipta bilik tidur serba mewah dan punya ‘rasa’. GLAM Deko himpunkan idea ruang kamar peribadi yang boleh menjadi inspirasi.
ZEN-TUARI
Zen, bahasa Jepun bermaksud meditasi. Interior berkonsepkan zen mencerminkan keseimbangan, keharmonian dan ketenangan. Latar serba minimal, warna-warna bumi seperti kelabu, coklat (nude), merah samar dan putih sinonim dengan konsep zen. Pilih perabot bergaris linear, praktikal dan polos. Reka letak setiap perabot dan aksesori juga tidak begitu kompleks, cukup serasi bagi yang mendiami ruang terhad.
Kunci Gaya Zen
- Fabrik ringan dan lembut seperti linen, kapas atau wool untuk kemasan lembut termasuk langsir, sarung kusyen dan pemilihan cadar.
- Perabot dan aksesori diperbuat daripada material semula jadi seperti kayu atau buluh.
- Corak seperti geometri, abstrak dan flora dalam terapan skema warna monokrom metalik boleh dipertimbangkan.
- Minimalkan aksesori dinding seperti koleksi foto atau lukisan. Gantung hanya satu atau dua karya sahaja untuk lebih impak.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
