Hari ini, segalanya di hujung jari termasuklah membeli barangan dan perabot hiasan rumah. GLAM Deko menyenaraikan 5 laman online shop deko tempatan terbaik untuk anda jengah dan beli!

- Janine Kuala Lumpur – www.janine.com.my
Andrew Martin, Christian Lacroix, Designers Guild, Marimekko, Portmeirion, dan LSA International antara jenama deko dunia yang dibawakan oleh Janine. Kemasan lembut seperti sarung kusyen, gebar, kertas dinding dan fabrik bermutu juga dijual. Ruang pamer Janine ada di Great Eastern Mall dan Bangsar Shopping Centre.

2. Spruce Malaysia – www.sprucemy.com
Laman web ini menjual perabot dan aksesori berunsurkan Scandinavian daripada Kmart Australia. Anda boleh mendapatkan barangan seperti meja tepi, lampu meja, cadar, troli dapur dan cermin gangsa. Semua pembelian adalah pre-order dan pembeli perlu membuat pesanan dan bayaran mengikut tarikh akhir untuk setiap penghantaran (shipment).

3. IMHomeStylist – www.imhomestylist.com
It’s all about rugs! Di sini anda boleh mendapatkan segala jenis corak dan rekaan moden kotemporari hamparan permaidani. Harga bermula RM699, ada tiga jenis ukuran hamparan permaidani boleh dipilih mengikut jenis reka pelan yang dikehendaki. Samaada floral, geometri, abstrak, just feast your eyes! Selain permaidani, laman ini turut menjual perabot meja makan dan kanak-kanak.

4. Cotton On Malaysia – cottonon.com/MY
Jenama fesyen Australia ini turut membawakan rangkaian rumah berunsurkan Scandinavian. Lampu abjad, bangku kayu, pasu bunga mini, botol air, bingkai gambar laser cut antara barangan yang sering dicari pengguna laman ini. Pembelian melebihi Rm200 ke atas diberikan penghantaran percuma. Penghantaran dilakukan dari Singapura memerlukan 5 hingga 7 hari bekerja.

5. Joy Design Studio – www.joyd.my
Mempunyai dua ruang pamer di Setia Alam dan Jalan Maarof, Bangsar, jenama ini turut menjual rangkaian perabot dan aksesori secara online. Memfokuskan rekaan dan corak hidup Scandinavian, kompak dan minimalis, anda boleh mendapatkan sofa, kerusi berlengan, meja makan, meja kopi, lampu meja dan rak – rak penyimpanan. Menariknya, tiada cas tambahan dikenakan untuk pemasangan.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
