Majlis Perkahwinan Mewah Millie Bobby Brown
Pasangan yang sepadan rupa dan status, Millie Bobby Brown dan Jake Bongiovi telah melangsungkan perkahwinan di Itali.
Pelakon utama siri Stranger Things, Millie Bobby Brown dan pasangannya, Jake Bongiovi telah berkahwin pada bulan Mei yang lalu dan baru sahaja melangsungkan majlis mereka pada 2 Oktober kelmarin. Brown berkongsi gambar perkahwinan mereka di akaun Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/DAoFF4puCyS/?img_index=1
Bongiovi, yang juga merupakan anak kepada Jon Bon Jovi berkongsi salah satu gambar perkahwinan mereka yang belum pernah dilihat sebelum ini. Gambar berikut diikuti dengan kapsyen berbunyi “Selamanya dan sentiasa, suami kamu.” Brown juga memuat naik gambarnya di dalam gaun lace rekaan Galia Lahav dengan kapsyen “Selamanya dan sentiasa, isteri kamu.” Pengantin lelaki, Bongiovi mengenakan sut dari Tom Ford untuk perkahwinan indah mereka.
Perkahwinan ini menjadi lebih ikonik dengan perincian dari Brown. Millie Bobby Brown menukar gaun sekurang-kurangnya tiga kali untuk memenuhi aspek yang berlainan sepanjang majlis perkahwinannya itu. Selain daripada Galia Lahav, Brown juga mengenakan gaun dari jenama Valentino dan Oscar de la Renta. Pasangan manis ini mengadakan perkahwinan mereka di Tuscany, Itali. Mereka pertama kali mengumumkan pertunangan mereka pada tahun 2023 dan meraih perhatian atas dasar umur yang masih muda.



Perkahwinan bahagia antara Millie Bobby Brown dan pasangannya Jake Bongiovi ini dimeriahkan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat bersempena hari bahagia mereka berdua.
Pautan Berkaitan: Foto Eksklusif Majlis Perkahwinan Usher & Jenn Goicoechea
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
