fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Barisan Selebriti Yang Bertemu Jodoh Pada Usia Empat Dekad
Raja Charles III Disahkan Menghidap Kanser
5 Resepi Viral Di TikTok Mesti Cuba
Adakah Anda Dalam Situationship? Kenali 7 Tanda Hubungan Tanpa Kepastian
10 Filem Terbaik Christopher Nolan Termasuk Oppenheimer
Home > Gaya Hidup > Jean-Victor Meyers, Pewaris Empayar Kosmetik L’Oreal

Jean-Victor Meyers, Pewaris Empayar Kosmetik L’Oreal

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bertapak di Perancis sejak lebih seabad lalu, L’Oreal telah berkembang menjadi satu empayar dan syarikat kosmetik terbesar di dunia.

L’Oreal kini mempunyai portfolio yang mengagumkan dengan senarai barisan jenama terkenal seperti Garnier, Maybelline, Lancôme dan NYX Cosmetics. Tahun lalu syarikat itu memperolehi hasil jualan yang amat memberangsangkan iaitu sebanyak RM150 bilion.

Hari ini kesemua pewaris kepada ahli kimia, usahawan, perintis periklanan moden dan pengasas syarikat itu, Eugene Schueller memiliki kira-kira 33 peratus saham L’Oreal, menurut Forbes.

Merupakan salah sebuah keluarga terkaya di Eropah, pewaris Bettencourt-Meyers terdiri daripada cucu Eugene, Francoise Bettencourt Meyers, 68 dan anak lelakinya yang bakal mewarisi empayar L’Oréal, Jean-Victor Meyers.

Ketahui beberapa fakta menarik mengenai jejaka tampan berusia 36 tahun ini.

Foto: Twitter

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse