Related Stories
GoHalal: Halal Hub terbaru Di Malaysia Buat Anda
Permintaan kelulusan halal dalam setiap aspek kehidupan kini semakin meningkat. GoHalal tampil menawarkan segala keperluan anda dan dijamin halal. From shopping to groceries, you name it!

Peningkatan jumlah usahawan atas talian sekarang ini semestinya menjadi satu kemudahan untuk orang ramai membeli barangan lokal hanya di hujung jari sahaja. Segalanya mudah di atas talian. Namun sejauh mana kebersihan, kualiti serta pembuatan produk tersebut? Adakah ia selamat digunakan dan tidak memudaratkan kesihatan? Disebabkan itu penting adanya cop halal kerana halal bukan hanya pada mengharamkan penggunaan bahan-bahan yang haram di sisi agama, malah ia juga terjaga dari segi kebersihan serta kualiti pembuatan sesebuah produk itu.
Dengan adanya GoHalal ia berfungsi sebagai satu solusi bagi ramai usahawan di luar sana, serta juga masyarakat kini yang mencari produk lokal yang disahkan halal.

Kini, GoHalal baru sahaja melancarkan Gohalal Mart & Café pertama yang terletak di Cyberjaya, di mana terletaknya ibu pejabat mereka, yang mana ia mempunyai objektif untuk menghidangkan pelanggan dengan variasi makanan yang lazat dengan harga yang berpatutan dan paling penting halal. Ia terbuka untuk semua orang tidak kira perbezaan agama mahupun bangsa.
Ketika berlangsungnya pelancaran mart dan kafe tersebut, ia turut dimeriahkan lagi dengan sesi bual bicara secara langsung di Facebook Dbilique yang dihoskan oleh Farah Fauzana dan Faizal Ismail bersama dengan Timbalan Pengerusi Eksekutif, DNeX, Datuk Samsul Husin dan Pengerusi Eksekutif GMeC, Encik Mohamed Hazli Mohamed Hussain. Turut hadir lagi adalah pemenang pertandingan BFF yang mereka adakan di media sosial.

Antara hidangan yang terjual di kafe ini adalah seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Mee Hoon Goreng, sandwich, pastri, Nasi Dalca dan banyak lagi.

Setakat ini, GoHalal telah pun mempunyai 400 peniaga yang mereka recruit dan ia untuk pelbagai kategori termasuklah fesyen, kosmetik, kecantikan dan kesihatan serta makanan dan minuman. GoHalal menyediakan dua pilihan platform buat peniaga yang ingin memasarkan produk mereka iaitu online di portal www.GoHalal.com.my atau menerusi offline iaitu di mart dan kafe mereka.
Buat usahawan lokal yang ingin memasarkan serta menaikkan produk halal anda, kini GoHalal sedang membuka pintu mereka dengan seluasnya buat 500 peniaga terawal untuk mendapat pendaftaran secara percuma!
Anda boleh hubungi mereka di Facebook atau Instagram untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
