Related Stories
Confidence Queen: Di Sebalik Watak, Terselit Cerita Lucu, Luka & Chemistry Asli
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioSiapa sangka sebuah drama bergenre caper atau penceritaan fiksyen berunsur jenayah yang jarang diketengahkan dalam dunia K-drama boleh tampil semewah dan seunik Confidence Queen? Dengan hanya 12 episod, namun setiap satu penuh dengan kejutan, penyamaran pelik, dan tenaga luar biasa dari tiga bintang hebat: Park Min-young, Park Hee-soon dan Kim Ji-hyun.
GLAM berpeluang mendapatkan jawapan eksklusif dari ketiga-tiganya tentang pengalaman di set, kisah di sebalik transformasi watak, dan bagaimana mereka membina hubungan semula jadi di hadapan dan di belakang kamera.
Confidence Queen, drama caper yang lain daripada lain

“Genre caper bukan sesuatu yang biasa dalam K-drama,” jelas Park Min-young. “Setiap episod menampilkan villain yang berbeza dan pelakon undangan yang hebat. Saya rasa penonton akan sentiasa teruja menantikan penyamaran kami seterusnya.”
Malah menurut Hee-soon, “Tiga watak utama ini sebenarnya memegang lebih 30 karakter berbeza sepanjang drama. Penonton akan rasa macam mereka menonton orang yang berbeza setiap kali, itulah tarikannya.”
Min-young pilih watak “sihat” demi diri sendiri

Sebelum ini, Park Min-young dikenali dengan watak-watak yang emosional dan mencabar jiwa. Namun kali ini, dia memilih untuk ‘pulih’. “Projek sebelum ini sangat menyakitkan saya secara emosi. Saya jadi terlalu rapat dengan watak itu. Untuk Confidence Queen, saya mahu watak yang lebih berani, energetik dan sedikit ‘gila’. Sesuatu yang menyeronokkan.”
Apabila ditanya jika dia perlu tukar hidup dengan mana-mana watak lakonannya sebelum ini, dia memilih Yu-mi dari Sungkyunkwan Scandal. “Saya sayang dia, dia beri inspirasi besar kepada saya,” jawabnya ringkas.
Aksi fizikal, tanpa rasa takut tapi sarat lebam di dalam Confidence Queen
Min-young juga berkongsi cabaran fizikal yang dihadapinya untuk drama ini. “Dulu bila ada babak berbahaya, saya akan elak. Tapi kali ini, saya all out. Saya rasa bila kamera ‘on’, saya hilang rasa takut. Tapi bila tengok badan selepas itu, lebam di sana sini!” katanya sambil ketawa.
Jika dilakukan semasa usianya 20-an, dia akui mungkin akan cepat mengalah dan terus jumpa doktor. “Tetapi sekarang, saya rasa… bila lagi saya akan dapat peluang sebegini?”
Dan untuk cinta? “Dalam drama ini, susah untuk mencari elemen romantik. Watak saya, Yi-rang, sangat cintakan diri sendiri,” selorohnya.
Chemistry bertiga: Bermula dengan satu ayat

Keserasian trio utama di dalam Confidence Queen ini jelas terserlah. Dan semuanya bermula dengan sikap Hee-soon sebagai ‘abang’ yang memecahkan tembok formaliti. “Bila kami jumpa, dia kata terus, ‘Anggap saya macam kawan sahaja.’ Itu buat semua orang selesa,” kongsi Ji-hyun.
Min-young, yang biasanya mengambil peranan untuk mencipta keakraban di set, berkata kali ini dia mengikut rentak Hee-soon. “Saya suka ajak pelakon ke rumah, minum sedikit, borak pasal skrip. Dan Hee-soon kata apa yang saya tidak akan lupa, ‘Saya ikut cara awak.’ Dari situlah semuanya bermula.”
Ji-hyun turut mengakui Min-young sangat santai dan seperti seorang kakak. “Dia sangat chill dan ‘raw’. Dia beri kami ruang dan keyakinan untuk berlakon tanpa sekatan.”
Momen paling kelakar di set Confidence Queen?
Salah satu babak paling lucu yang masih segar dalam ingatan mereka? “Ada satu babak di mana saya kena tendang punggung Ji-hyun,” kata Min-young sambil ketawa. “Saya pastikan tendangan tu tepat sebab kalau ulang banyak kali, kasihan dekat dia.”
Ji-hyun menambah, “Ya, sekali saja dan terus kena di tempat yang tepat!”
Hee-soon pula berkata mereka bertiga mula ‘berlumba’ untuk mencipta penyamaran paling ekstrem. “Min-young pun sebenarnya banyak menyamar. Kami mula bersaing siapa boleh jadi lebih pelik dan itulah yang buat penggambaran sangat menyeronokkan.”
Impian Bollywood: Komedi, muzikal & tarian India?
Kejutan terakhir? Ketika ditanya tentang kemungkinan berlakon filem India, Ji-hyun menjawab spontan: “Saya nak cuba genre komedi!”
Hee-soon pula berkata, “Filem India ada muzik yang hebat. Kalau boleh berlakon bersama dan menyanyi menari… mungkin versi seterusnya Confidence Queen adalah filem Bollywood!”
Confidence Queen adalah lebih daripada sekadar K-drama. Ia adalah sebuah karya yang menggabungkan energi, jenaka dan keberanian dan semua ini lahir daripada pelakon yang bukan sahaja mahir dalam seni lakon, tetapi juga jujur dengan emosi mereka.
Artikel berkaitan: 5 Sebab Filem K-Pop Demon Hunters Jadi Bualan Ramai
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
