Pengalaman Sensorialiti Mewah Margy’s Monte Carlo
Tip Mantapkan Lengan
Socialite’s Must Haves: Nikky Azura
Siapakah Wanita Paling Cantik Di Dunia?
GLAM Lebaran: Ady Razak Kongsi Tip Eksklusif Solekan Raya Buat GBC!
Home > GLAM Beauty Club > Apa Kata Komuniti Cantik? > GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Signature Product of All Time

GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Signature Product of All Time

CHANEL COCO MADEMOISELLE meraih sokongan majoriti, telah dinobatkan sebagai Best Signature Product of All Time kerana keunikan aroma ikoniknya.

Setiap kali terhidu aroma CHANEL COCO MADEMOISELLE seperti mengembalikan memori terindah. Percaya atau tidak, personaliti sering terserlah apabila layangan aroma menguasai diri. GLAM Best of Beauty 2025 untuk edisi GLAM Beauty Club bersama barisan panel telah sebulat suara memilih CHANEL COCO MADEMOISELLE sebagai pemenang untuk kategori Best Signature Product of All Time.

CHANEL COCO MADEMOISELLE

CHANEL COCO MADEMOISELLE hadir dengan kesegaran sitrus yang mengejutkan, disusuli aroma Patchouli yang halus namun berkekalan. Keunikan formula ini berjaya mengekalkan aroma segar sepanjang hari tanpa mengurangi intensitinya.

Artikel berkaitan Whitney Peak Wajah Terkini Coco Mademoiselle

Versi Eau de Parfum menjadi kegemaran kami kerana paduan bunga Jasmin dan Mawar yang diimbangi dengan sempurna oleh nota Patchouli. Setiap semburan memberikan keyakinan dan keanggunan yang sukar dijelaskan dengan kata-kata. Haruman bukan sekadar wangian, ia adalah kisah tentang kebebasan dan keanggunan diri.

CHANEL COCO MADEMOISELLE

Sempurnakan rutin kecantikan anda bersama pelbagai variasi CHANEL COCO MADEMOISELLE seperti Body Oil yang memberikan kelembapan sepanjang hari manakala Fresh Hair Mist pula kekal memberikan kesegaran rambut.

Untuk menyelami keunikan warisan wangian ikonik ini, sila kunjungi butik CHANEL berhampiran anda.