“Not Just For Walking”, Kempen Pelancaran Kasut Soho Coach Terbaharu
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioCoach perkenal kempen “Not Just For Walking”, bersempena pelancaran kasut Boho yang menyerlahkan gaya, jiwa dan identiti diri yang turut membawakan barisan generasi muda berpengaruh sebagai wajah hadapan kempen.
Label dari New York, Coach mempersembahkan kempen terbaharu yang mengangkat tajuk “Not Just For Walking”, sebagai penghormatan kepada pelancaran kasut terbaru iaitu Soho Sneaker. Menghadirkan barisan personaliti berpengaruh seperti penyanyi rap Audrey Nuna, model Giovanna Ramos, pemain bola keranjang Tahaad Pettiford, bintang WNBA Satou Sabally serta pemandu NASCAR Toni Breidinger, kempen ini meraikan kasut Soho yang merupakan medium ekspresi diri yang fleksibel, nyata sesuai dengan sisi estetika kehidupan si pemakai.

Soho Sneaker Baharu Coach Meraikan Gaya Dan Identiti Diri Generasi Kini
Menerokai dunia muzik, sukan mahupun fesyen, tampilan bintang sebagai wajah depan kempen ini membawakan kisah unik serta semangat yang selari dengan budaya ‘sneaker’. Gaya peribadi mereka yang berani dan ekspresif bukan sahaja mencerminkan dinamik generasi masa kini, namun turut memperkuatkan misi Coach ‘Courage to Be Real’. Lantas, menjadi satu ajakan buat setiap individu tampil yakin dan berani dengan pelbagai sisi identiti diri mereka yang tersendiri.

Soho Sneaker ini bukan hanya sekadar menyerlahkan suatu trend atau status, tetapi juga mencerminkan realiti tentang kehidupan sebenar. Di mana, gaya mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai karakter dan aktiviti pemakainya. Justeru itu, kempen ini dihidupkan dengan barisan bakat luar biasa yang mencipta budaya di persimpangan sukan, muzik dan juga fesyen yang nyata seiring dengan inti pati kempen “Not Just For Walking”.

Soho Sneaker memancarkan konsep kasut yang konvensional, menjelmakan semangat individualisme, keberanian serta keaslian dalam setiap langkah. Ia menjadi lambang kepada generasi kini yang tidak lagi tunduk pada satu definisi gaya, tetapi memilih untuk menjadi diri sendiri dalam seribu satu cara. Oleh yang demikian, ia menjadikan Soho Sneaker sebagai satu item fesyen dan peneman setia yang menyokong gaya hidup daripada pelbagai lapis dan autentik.
Artikel Berkaitan: Coach Bawakan Tiga Pop-up Eksklusif Bersempena Menyambut Musim Perayaan
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
