Kehangatan Cocooning Longchamp SS26
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioLongchamp Spring 2026 menghadirkan musim dingin yang penuh gaya melalui himpunan item fesyen yang penuh kekinian, dengan konsep Cocooning yang menjadi elemen utama.
Musim dingin bagi Longchamp Spring 2026 bukan sekadar perubahan cuaca, tetapi detik untuk mencipta kehangatan melalui koleksi terkininya. Kali ini, ia menjulang konsep ‘cocooning’ sebagai gaya hidup yang membalut diri dengan tekstur lembut, siluet santai serta aksesori yang membentuk rasa selesa dan nyata kontemporari. Daripada permainan ilusi pada beg trompe-l’œil hinggalah penggunaan shearling gebu sebagai elemen utama, Longchamp membayangkan seorang wanita Parisienne yang bijak menyesuaikan dirinya dengan kesejukan sambil mengekalkan aura gaya yang santai namun tetap bergaya.

Cocooning, Tetapi Dengan Gaya Longchamp
Koleksi ini merangkumi pelbagai rekaan yang saling melengkapi, tetapi antara yang mencuri perhatian adalah seperti rangkaian Le Pliage Cocooning. Ia menggunakan rajutan berjalur dalam rona pistachio-burgundy atau coral-pink. Rona-rona ini menghidupkan kembali sisi playful wanita Longchamp, seolah-olah mengingatkan bahawa musim sejuk juga boleh menjadi ruang untuk bereksperimen. Beg Sweater Tote misalnya, menggabungkan fungsi dan kecomelan secara tidak dijangka, di mana beg ini boleh dipakai seperti helaian pakaian lantas memberikan gaya spontan yang terasa asli. Glove Pochette pula membawa nostalgia sarung tangan lama tetapi dengan interpretasi praktikal untuk hari ini, manakala Beg Beanie menjadi pilihan bagi mereka yang mahu bergerak bebas tanpa perlu membawa banyak barang. Ketiga-tiganya hanyalah sebahagian daripada rangkaian aksesori musim ini, namun cukup untuk menggambarkan semangat permainan bentuk yang menjadi DNA Longchamp.

Keseluruhan koleksi ready-to-wear bergerak dalam ritma yang sama, yang mana lembut, selesa dan versatil. Rajutan halus digunakan bukan sahaja pada aksesori tetapi juga pakaian, menghubungkan keseluruhan koleksi dalam satu bahasa tekstur yang konsisten. Potongan longgar, warna yang memberi harmoni pada koleksi serta perincian kecil yang ringkas, menjadikan setiap helaian sesuai untuk hari-hari dingin di kota atau ketika percutian musim sejuk. Longchamp membuktikan bahawa pakaian tebal tidak semestinya membosankan, tetapi ia boleh menjadi platform untuk menyuntik personaliti tanpa berlebihan.

Melengkapkan perjalanan gaya ini ialah Le Roseau Shearling, interpretasi baharu beg ikonik yang dilapisi shearling camel empuk, dihiasi trim calfskin licin serta togel keemasan. Kemasannya pula memberi sentuhan mewah yang nyata effortless, lantas sesuai untuk pemakai yang mahukan gaya yang hangat tetapi kekal elegan. Sebagai penutup penuh karakter, mini charms berbentuk Beg Beanie dijadikan aksesori yang melengkapi, memancarkan mood dan gaya mereka dengan cara yang ringkas tetapi menyerlah. Longchamp membuktikan bahawa musim sejuk bukan alasan untuk merendahkan gaya, sebaliknya ia masa terbaik untuk berseronok dengannya.

Artikel berkaitan:
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
