Ini 10 Item Fesyen Daripada Tory Burch Pilihan GLAM
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio10 Item Fesyen Dari Tory Burch Yang Mencuri Perhatian
1. Kira Diamond Quilt Distressed Vanity Case
Sentuhan retro bertemu trend semasa menerusi rekaan mini yang memikat tas tangan ini. Kira Diamond Quilt Distressed Vanity Case diperbuat daripada kulit distressed yang lembut diperkaya jahitan berlian berskala besar, menghasilkan siluet empuk yang tampak mewah. Perincian Double T beveled menambah nilai klasik, sesuai digayakan secara silang atau dipegang kemas.
2. Mini Fleming Metallic Hobo Bag
Glamor abadi diterjemahkan dalam kulit metalik lembut dengan corak pintuck berlian yang ikonik. Rantai anyamannya berbalut kulit memberi keseimbangan antara elegan dan edgy, manakala hiasan Double T menjadi penegasan identiti jenama ini yang disuntik pada beg mini Fleming Metallic Hobo.
3. Small Eleanor Pavé Shoulder Bag
Beg bahu Small Eleanor Pavé menjadi sebuah item yang diserlahkan dengan kemasan tinggi. Garis bersih dan siluet ringkas menjadi kanvas kepada perkakasan arca berhias kristal pavé, lantas mencipta aura mewah yang penuh kekinian. Praktikal dan kemas, ia sesuai digayakan dari siang ke malam.
4. Reva Travel Ballet
Ikon yang dicipta untuk kehidupan yang sentiasa bergerak. Sepatu Reva Travel Ballet ini boleh dilipat dan mudah dibawa, kerana ia diperbuat daripada kulit patent berkedut yang lembut dengan tapak ultra fleksibel. Medallion ikoniknya direka untuk keselesaan maksimum sepanjang hari, cukup sesuai buat mereka yang menginginkan keselesaan.
5. Eleanor Soft Slim Shoulder Bag
Interpretasi lebih santai bagi Eleanor klasik, dengan siluet langsing berinspirasikan era 90-an. Beg bahu Eleanor Soft Slim diperbuat daripada kulit pebbled lembut berkemasan semi-matte yang mencipta drape semula jadi bernada anggun. Ia adalah pilihan ideal untuk gaya malam yang effortless.
6. Forget Me Not Enamel Stud Earrings
Perincian kecil yang menyuntik elemen segar pada penampilan. Subang Forget Me Not dengan reka bentuk bunga ini disadur dengan emas 18K serta kemasan enamel berwarna. Ia menambah sentuhan feminin dan ceria, sama ada dipadukan secara harian atau untuk acara yang istimewa.
7. Petite Lee Radziwill Bag
Rekaan berstruktur pada beg Petite Lee Radziwill ini menampilkan gabungan kulit dan suede mewah. Penutupan T-lock berikat menjadi signatur yang elegan, manakala tali boleh laras menawarkan fleksibiliti gaya bahu atau silang, sesuai untuk wanita berjiwa bebas dan yakin.
See Also
8. Medium Eleanor Soft Satchel
Medium Eleanor Soft Satchel adalah tas tangan serba guna dengan sisi estetika mewah yang bersahaja. Kulit pebbled lembut dan lapisan suede di bahagian dalam memberi keseimbangan antara fungsi dan gaya. Ia direka untuk dibawa dengan mudah, sama ada menggunakan pemegang atau tali bahu.
9. Icon Thin Hinge Bracelet
Koleksi Miller diinterpretasi semula sebagai perhiasan. Gelang nipis berhias motif Double T ini tampak anggun digaya solo atau bertindan, yang mana gelang Icon Thin Hinge ini memberikan sentuhan sofistikasi halus pada setiap gaya.
10. Kira Turnlock Calf Hair Shoulder Bag
Rekaan moden dengan karakter berani adalah definisi tepat buat beg bahu KIra Turnlock Calf Hair. Material kulit calf hair bercorak digandingkan dengan rantai tebal serta penutupan turnlock, menghasilkan beg bahu yang praktikal, teratur dan penuh pernyataan gaya.
Artikel berkaitan: #NYFW- Tory Burch Musim Bunga 2023-Ekspresi Gaya Bebas Gadis New York ’90-an
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
