Related Stories
Tudung Lace Sentuhan Manis Lebaran 2026
Kini, Raya 2026 menyaksikan satu perubahan halus tetapi signifikan dalam landskap fesyen tempatan. Ia bukanlah tentang pemilihan warna yang berani atau silhuet dramatik, tetapi perihal perincian. Tudung renda kembali tampil perlahan-lahan sebagai simbol gaya yang anggun. Ia kembali menjadi pilihan utama gadis dan GLAM setuju dengan trend Lebaran ini!
Digandingkan dengan baju kurung moden, kebaya kontemporari atau siluet minimal, tudung lace tampil sebagai penyempurna gaya — bukan sekadar pelengkap. Memilih tudung renda sebagai busana tidak lagi terlihat berisiko, tetapi menonjolkan keberanian dan pesona sewaktu momen istimewa di dalam kehidupan.Kembalinya Lace dalam Gaya Lebaran
Tudung lace, yang sebelum ini dianggap klasik dan tradisional, kini perlahan-lahan kembali mencuri perhatian, terutama di kalangan Gen Z. Lembut, feminin dan sarat dengan sentuhan elegan yang halus, ia menjadi aksesori anggun membingkai wajah. Keistimewaan tudung lace terletak pada teksturnya yang unik. Corak renda yang halus memberikan dimensi visual yang berbeza berbanding tudung polos biasa. Dipadankan bersama baju kurung tradisional, kebaya moden atau rekaan kontemporari, tudung lace memberi aura klasik yang tidak lapuk ditelan masa, terutamanya sewaktu menyambut Raya pada tahun ini.
Sentuhan Lembut, Effortless Selalu
Dalam dunia fesyen yang sentiasa berubah, ada gaya yang kekal relevan kerana daya tarikannya yang bersahaja. Tudung lace adalah salah satunya. Ia mungkin tampak ringkas, tetapi dalam kelembutannya tersimpan pesona yang mampu menyerlahkan gaya lebaran dengan cara yang cukup istimewa.
Diserlahkan oleh pelbagai jenama lokal Malaysia, tudung lace kini menjadi antara pilihan yang semakin mendapat perhatian menjelang Raya. Jenama seperti Sahara Scarves dan Izara World oleh Izara Aishah turut menampilkan rekaan yang mengangkat elemen renda sebagai perincian utama, sekali gus memberi nafas moden kepada gaya hijab Raya. Turut menjadi tumpuan di media sosial, pempengaruh seperti Sofea Shra juga menampilkan tudung lace dalam siri videonya, Eid Just Got Better, sekali gus memberi inspirasi gaya lebaran yang lebih moden dan feminin kepada pengikutnya. Di dalam videonya, Sofea mempamerkan pelbagai gaya tudung lace yang mudah digayakan. Sofea turut menunjukkan bagaimana lace boleh kelihatan effortless dan sofistikated tanpa perlu berlebihan. Setiap detil sulaman dan potongan fabrik dipaparkan dengan jelas, membolehkan penonton merasai tekstur dan kehalusan lace seolah-olah mereka menyentuhnya sendiri.
Gaya Menawan & Bermakna
Pemilihan warna juga memainkan peranan penting. Rona lembut seperti ivory, nude, champagne dan pastel menjadi antara pilihan popular kerana mudah dipadankan dengan pelbagai warna busana Raya. Bagi yang ingin tampil lebih menonjol, tudung lace dalam rona seperti emerald, dusty rose atau soft lilac mampu memberikan karakter tersendiri kepada penampilan.
Dengan sentuhan halus ini, tudung lace bukan sahaja menambah pesona, malah menjadi simbol gaya yang lembut, menawan dan abadi. Sebagai aksesori akhir, ia membuktikan bahawa keindahan sebenar terletak pada perincian yang halus tetapi memikat mata.
Artikel Berkaitan: Empat Sentuhan Aksesori Dior Untuk Raya Yang Lebih Istimewa
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
