Related Stories
Empat Sentuhan Aksesori Dior Untuk Raya Yang Lebih Istimewa
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioIni Item Fesyen Terkini Daripada Dior Untuk Gaya Raya Yang Mempersonakan
1. Dior Whisper Heels
Langkah pertama ke rumah terbuka tentunya bermula dengan sepasang sepatu yang bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga memberi keyakinan pada setiap gerakan. Dior Whisper Heels hadir dengan siluet feminin yang halus berperincian seolah telinga arnab yang penuh daya tarikan. Ia menampilkan garis rekaan yang bersih serta keseimbangan antara struktur moden dan kelembutan klasik. Rekaannya yang elegan, menjadikan item fesyen ini pasangan sempurna buat tampilan gaya raya yang klasik mahupun kontemporari. Tanpa perlu berlebihan, sepatu ini memancarkan aura sofistikated yang terasa effortless namun memikat.
2. Lady Dior
Sebagai salah satu rekaan paling ikonik dalam rumah fesyen Dior, Lady Dior terus berdiri sebagai simbol keanggunan yang tidak pernah pudar. Namun, kini hadir dengan pelbagai pilihan rekaan untuk dipadukan lebaran ini! Suasana Syawal pastinya penuh dengan kunjungan dan pertemuan. Tas Lady Dior menjadi aksesori yang paling sempurna buat gaya raya yang nyata eksklusif. Sama ada berbaju kurung atau kebaya klasik, tas tangan ini adalah definisi anggun tanpa batas untuk digayakan musim perayaan ini.
3. La D De Dior Watch
Jam tangan menjadi penambah aksesori yang cukup praktikal. Jam La D De Dior tampil sebagai perhiasan yang menyuntik kehalusan seni pembuatan jam Perancis. Rekaannya yang minimal dan elegan, lantas menjadikannya aksesori yang melengkapi tampilan raya. Boleh dipadukan bersama gelang emas atau dibiarkan bersendirian, jam bernada mewah ini menambahkan sentuhan feminin yang lembut namun berkelas.
4. Dior Scarves
Dior Scarves menawarkan gabungan fabrik mewah dengan cetakan artistik yang mempamerkan kehalusan identiti rumah fesyen ini. Ia adalah satu sentuhan terbaik untuk mengenakan tampilan raya buat tatapan yang lebih mempersona. Sama ada helaian skarf yang jatuh lembut di bahu, disimpul pada tas tangan atau digayakan sebagai aksesori rambut, koleksi skarf Dior memberikan ruang untuk bereksperimentasi dengan gaya. Helaian ini menjadi sentuhan terakhir yang menyempurnakan penampilan lebaran kali ini.
Artikel berkaitan: Dior Cruise 2026 Kini Dilancarkan Di Butik Seluruh Dunia
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
