Ini 7 Bedak Cushion Untuk Solekan Yang Mudah Dan Berseri
GLAM kongsi tujuh bedak cushion yang membuktikan bahawa satu sapuan sudah cukup untuk menaikkan keyakinan tanpa melengahkan masa si pemakai.
Dalam dunia kecantikan, produk yang ringkas tetapi efektif semakin menjadi pilihan utama terutama bagi mereka yang sentiasa bergerak dari satu rutin ke rutin yang lain. Bedak cushion hadir menawarkan aplikasi yang pantas dengan kemasan yang menawan untuk menyerlahkan seri wajah sepanjang hari. Jika anda sedang mencari bedak cushion yang eksklusif untuk menjadi pelengkap rutin harian anda, ini adalah deretan produk yang wajar dimiliki!
Cushion foundation daripada YSL ini lengkap dengan formula bersama bahan Salicylic Acid/BHAs, Vitamins dan Anti-Oxidant, yang menjadikan kulit tampak segar dan berseri. Diiringi pembungkusan yang terasa mewah dan sofistikated, produk ini menghasilkan sapuan yang high coverage tanpa membuatkan kulit terasa rimas sepanjang hari. Bedak cushion ini turut mempunyai kemasan radiant, lantas membuatkan kulit si pemakai tampak lebih sihat.
Burberry menghadirkan bedak cushion yang tahan lama di samping mempunyai perlindungan SPF. Diperbuat daripada bahan semula jadi seperti bamboo powder, ia mempunyai ketahanan sehingga 14 jam dan membantu membuatkan solekan anda tampil matte tanpa mengabaikan kelembapan kulit. Tambahan lagi, ianya juga sesuai untuk individu yang sering berpeluh memandangkan produk daripada Burberry ini adalah sweatproof serta diiringi perlindungan matahari sebanyak SPF15.
Buat sesiapa yang mencari cushion foundation bersama kemasan seperti kulit yang sempurna, Givenchy menawarkan produk yang mengutamakan kelembapan kulit, perlindungan SPF dan solekan yang tahan lama. Sesuai untuk pelbagai jenis kulit, ia turut diperbuat daripada formula yang berkualiti seperti Paraben-free dan Oil-free. Selain itu, ia juga diperkaya dengan perlindungan SPF sebanyak SPF 45 – PA+++ yang menjadikan rutin kecantikan anda turut dilengkapi dengan penjagaan kulit.
Jika anda mencari produk tanpa tekstur yang terasa tebal di kulit tetapi tetap menawarkan coverage yang buildable, HD Skin Cushion Foundation daripada Make Up For Ever mungkin adalah jawapannya. Diformulasi bersama bahan aktif penjagaan kulit seperti Niacinamide dan Peptides, ia menjadikan kulit kekal terasa lembap selama 24 jam. Hasilnya, proses solekan anda tetap pantas tanpa mengorbankan keselesaan kulit. Tidak dilupakan, ia juga melindungi kulit bersama SPF50+/PA+++ sambil mengekalkan kemasan matte namun tetap berseri. Solekan juga terasa lebih efisien bersama aplikator berbentuk titisan daripada mikro-fiber yang membolehkan sapuan yang tepat serta menghasilkan kesan second skin.
Produk daripada Armani Beauty ini ternyata istimewa kerana formula inovatifnya yang menampilkan Smart Silk Technology. Ia turut diperkaya dengan 84% bahan penjagaan kulit seperti asid hyaluronik dan 2% Niacinamide. Lebih menarik lagi, anda akan melihat kulit tampak lebih cerah dan berseri hanya selepas seminggu tempoh memakainya. Selain daripada ketahanan lama, ia menghasilkan kemasan yang asli namun tetap menutup segala cela di wajah.
Lebih daripada sekadar solekan, bedak cushion ini juga menjadi pilihan terbaik untuk individu yang menginginkan formulasi untuk penjagaan wajah. Dilengkapi dengan Boosted Longoza, kulit kelihatan lebih halus, lembut dan anjal. Bersama sapuan yang menutup kemerahan atau pori, ia menawarkan coverage yang membuatkan kulit tampak segar. Bedak cushion ini juga sesuai untuk pelbagai jenis kulit seperti combination atau pun berminyak.
Setiap sapuan daripada Face Idole Finecover Cushion ini menciptakan kemasan yang natural dan berseri. Diiringi dengan Fineover Technology, ia menawarkan solekan yang tahan selama 24 jam tanpa mengorbankan keselesaan pada wajah. Ia juga mempunyai formulasi yang ringan dan mesra kulit tanpa menyumbatkan liang pori, menjadikannya sesuai untuk individu bersama kulit sensitif.
Artikel Berkaitan: Lancôme Umum Vanessa Kirby Sebagai Duta Global Baharu: Simbol Optimisme dan Keanggunan Autentik
Ini Tujuh Bedak Cushion Must-Have!
1. Yves Saint Laurent Touche Éclat Mesh Cushion Foundation
Cushion foundation daripada YSL ini lengkap dengan formula bersama bahan Salicylic Acid/BHAs, Vitamins dan Anti-Oxidant, yang menjadikan kulit tampak segar dan berseri. Diiringi pembungkusan yang terasa mewah dan sofistikated, produk ini menghasilkan sapuan yang high coverage tanpa membuatkan kulit terasa rimas sepanjang hari. Bedak cushion ini turut mempunyai kemasan radiant, lantas membuatkan kulit si pemakai tampak lebih sihat.
2. Burberry Beyond Wear Matte Cushion SPF15
Burberry menghadirkan bedak cushion yang tahan lama di samping mempunyai perlindungan SPF. Diperbuat daripada bahan semula jadi seperti bamboo powder, ia mempunyai ketahanan sehingga 14 jam dan membantu membuatkan solekan anda tampil matte tanpa mengabaikan kelembapan kulit. Tambahan lagi, ianya juga sesuai untuk individu yang sering berpeluh memandangkan produk daripada Burberry ini adalah sweatproof serta diiringi perlindungan matahari sebanyak SPF15.
3. Givenchy Prisme Libre Skin Caring Glow Cushion Foundation
Buat sesiapa yang mencari cushion foundation bersama kemasan seperti kulit yang sempurna, Givenchy menawarkan produk yang mengutamakan kelembapan kulit, perlindungan SPF dan solekan yang tahan lama. Sesuai untuk pelbagai jenis kulit, ia turut diperbuat daripada formula yang berkualiti seperti Paraben-free dan Oil-free. Selain itu, ia juga diperkaya dengan perlindungan SPF sebanyak SPF 45 – PA+++ yang menjadikan rutin kecantikan anda turut dilengkapi dengan penjagaan kulit.
4. Make Up For Ever HD Skin Cushion Foundation
Jika anda mencari produk tanpa tekstur yang terasa tebal di kulit tetapi tetap menawarkan coverage yang buildable, HD Skin Cushion Foundation daripada Make Up For Ever mungkin adalah jawapannya. Diformulasi bersama bahan aktif penjagaan kulit seperti Niacinamide dan Peptides, ia menjadikan kulit kekal terasa lembap selama 24 jam. Hasilnya, proses solekan anda tetap pantas tanpa mengorbankan keselesaan kulit. Tidak dilupakan, ia juga melindungi kulit bersama SPF50+/PA+++ sambil mengekalkan kemasan matte namun tetap berseri. Solekan juga terasa lebih efisien bersama aplikator berbentuk titisan daripada mikro-fiber yang membolehkan sapuan yang tepat serta menghasilkan kesan second skin.
5. Armani Beauty Luminous Silk Prima Glow Cushion Foundation
Produk daripada Armani Beauty ini ternyata istimewa kerana formula inovatifnya yang menampilkan Smart Silk Technology. Ia turut diperkaya dengan 84% bahan penjagaan kulit seperti asid hyaluronik dan 2% Niacinamide. Lebih menarik lagi, anda akan melihat kulit tampak lebih cerah dan berseri hanya selepas seminggu tempoh memakainya. Selain daripada ketahanan lama, ia menghasilkan kemasan yang asli namun tetap menutup segala cela di wajah.
6. Dior Capture DreamSkin Moist & Perfect Cushion Foundation SPF50 PA+++
Lebih daripada sekadar solekan, bedak cushion ini juga menjadi pilihan terbaik untuk individu yang menginginkan formulasi untuk penjagaan wajah. Dilengkapi dengan Boosted Longoza, kulit kelihatan lebih halus, lembut dan anjal. Bersama sapuan yang menutup kemerahan atau pori, ia menawarkan coverage yang membuatkan kulit tampak segar. Bedak cushion ini juga sesuai untuk pelbagai jenis kulit seperti combination atau pun berminyak.
7. Lancome – Face Idole Finecover Cushion
Setiap sapuan daripada Face Idole Finecover Cushion ini menciptakan kemasan yang natural dan berseri. Diiringi dengan Fineover Technology, ia menawarkan solekan yang tahan selama 24 jam tanpa mengorbankan keselesaan pada wajah. Ia juga mempunyai formulasi yang ringan dan mesra kulit tanpa menyumbatkan liang pori, menjadikannya sesuai untuk individu bersama kulit sensitif.
Artikel Berkaitan: Lancôme Umum Vanessa Kirby Sebagai Duta Global Baharu: Simbol Optimisme dan Keanggunan Autentik
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti