2 Herba Ini Petua Rambut Tumbuh Lebat
Air Sejuk Beri Lebih Kebaikan Pada Kesihatan Berbanding Mandi Air Biasa?
3 Clean Product Pilihan GLAM Bulan Ini!
5 Jenama Penjagaan Kulit Yang Mesra Bumi
Khasiat Bumi Kunyit Rawat Masalah Kulit
Home > GLAM Heart > Projek Hijau > Cantik > Shu Uemura Perkenal block:booster charged up – Rahsia Solekan Flawless

Shu Uemura Perkenal block:booster charged up – Rahsia Solekan Flawless

Shu uemura unlimited block:booster charged up direka sebagai langkah pertama yang menyempurnakan kulit sebelum solekan, sambil memberikan manfaat penjagaan kulit yang penting untuk gaya hidup bandar.

Dibangunkan daripada falsafah Shu Uemura bahawa solekan yang cantik bermula dengan kanvas kulit yang sihat, produk ini diformulasi untuk membantu mengatasi kesan persekitaran urban yang sering menjadikan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Sentuhan Pigmen Merah Untuk Seri Semula Jadi

Inspirasi utama di sebalik formulanya datang daripada simbolik warna merah dalam budaya Jepun, yang sering dikaitkan dengan kekuatan, tenaga dan vitaliti. Melalui kajian pigmen terkini, Shu Uemura meneroka bagaimana pigmen merah mampu membantu mengembalikan seri semula jadi kulit.

Dengan tambahan pearl pigments, primer ini membantu memantulkan cahaya dan mengurangkan kesan tona kelabu pada wajah. Hasilnya ialah kulit yang kelihatan lebih segar, cerah dan bertenaga, seolah olah mempunyai kemerahan semula jadi yang sihat.

Perlindungan dan Keselesaan Sepanjang Hari

Unlimited Block:Booster Charged Up dibangunkan dengan konsep tiga “charges” yang membantu kulit kelihatan segar sepanjang hari.

Tone Charge memberikan kesan tone up yang segera dengan teknologi red spectrapearls yang membantu mengurangkan kesan kusam pada kulit. Wajah kelihatan lebih bercahaya dan hidup dengan tona yang lebih sekata.

Shield Charge pula berfungsi melindungi kulit daripada faktor luaran seperti sinaran UVA dan UVB. Formula ini turut diperkaya dengan bahan penjagaan kulit seperti vitamin C, vitamin E dan niacinamide yang membantu mengekalkan kelembapan serta keselesaan kulit sepanjang hari.

Sementara itu, Wear Charge memastikan solekan kekal rapi lebih lama. Teknologi flexcharge grip film membantu foundation melekat dengan lebih baik pada kulit, menghasilkan kemasan yang licin dan tahan lama.

Produk ini hadir dalam empat pilihan yang disesuaikan mengikut keperluan kulit:

  • Energy Flush memberikan kesan kemerahan segar seperti blood flush semula jadi.
  • Lumi Blue membantu meneutralkan tona kekuningan dan kusam.
  • Nude Beige meratakan tona kulit secara universal.
  • Icy Mauve memberikan kesan tone up yang menjadikan kulit tampak lebih cerah dan translucent.

Dengan gabungan teknologi penjagaan kulit dan solekan dalam satu langkah, primer ini menjadi asas yang membantu kulit kelihatan lebih sihat dan bersedia untuk solekan yang flawless sepanjang hari.

Artikel berkaitan: Tips Kulit Kekal Cantik Tanpa Solekan di Bulan Puasa